ePORTFOLIO
Alternative Assessment IR4.0
Alternative Assessment IR4.0
Dr. Hj Ahmad Nasir Mohd Yusoff dilahirkan pada 08 Februari 1971. merupakan Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. Dr Ahmad Nasir merupakan mantan Penyelaras TITAS MOOC Version 1. Pernah berkhidmat di UPMKB Sarawak (2003-2013), UiTM (2000-2003) dan MEPS (1996-2000). Alumni Maahad Muhammadi (L) Kota Bharu ini mendapat pendidikan Sarjana Muda Universiti Malaya dalam bidang Usuluddin (1996), Sarjana dalam bidang Sejarah dan Tamadun Islam Universiti Malaya (2005) dan Doktor Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Usuluddin dan Falsafah (Agama dan Sosiologi /2010). Bidang kepakaran beliau ialah Pengajian Ketamadunan (Tamadun Islam dan Asia), Kemanusiaan, Dakwah, Agama & Sosiologi serta Budaya Etnik. Beliau dilantik sebagai Ketua Penyelaras untuk Projek MOOCTITAS KPM UPM (2014-2017). Beliau juga menghasilkan banyak jurnal, prosiding, ebook, CIB dan buku yang menjadi rujukan para pelajar antaranya Kitab Al Bidayah Wa Al Nihayah (Sejarah Tamadun Islam), Terbitan DBP (Jilid 1- 14) dan Tafsir al Maraghi (Jilid 1-15). Hampir 40 buah buku beliau berada di pasaran dan tetamu jemputan untuk kolum 'Minda'dalam akhbar Berita Harian (2016) & Jendela Pemikiran Ummah Dakwah YADIM. Aktif membentang kertas kerja peringkat kebangsaan dan antarabangsa, antaranya Sarawak, Sabah, Indonesia dan Brunei, tugas-tugas penyeliaan dan pemeriksaan tesis, penyelaras projek MOOCTITAS KPM-UPM (2014-kini), Penyelaras TITAS UPM, Penyelaras Program Kerjasama UPM-IPTS (2014-2017), Pemantau Pelajar Latihan Industri, Ketua Penyelidik Geran FRGS, RUGS dan skim Tenaga Muda serta terlibat dengan jaringan bersama IKIM, JPNIN, JBSB, MACMA, BIC, PPD, MQA, LHDN, PERKIM, KEMAS, TBS, JPN, MARITIM, JAIS, JPMB dan Panel Penilai Mata Pelajaran Universiti (MPU) IPTS, aktif menyampaikan ceramah/motivasi untuk pelajar dan mahasiswa di surau,masjid, agensi-agensi kerajaan dan swasta, Panel Jemputan Forum Perdana (Bahagian Bintulu, Sarawak), kerja-kerja editorial serta terjemahan. Anugerah yang beliau peroleh antaranya Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2003 & 2010), Anugerah 'Best Seller' Must Read Sdn Bhd Sempena Pesta Buku Antarabangsa PWTC (2014), Anugerah Sanjungan Khas HEP UiTM (2002), Anugerah Ketua Pembangunan Pelajar (2002), Anugerah Kualiti Kolej Cemerlang (2002) dan Anugerah Pekerja Cemerlang MEPS (1997, 1998 &1999) dan pernah menyandang jawatan Timbalan Dekan (HEP) (2009-2013), Ketua Jabatan Kolegiat (Pengetua Kolej/2004-2005) di KSR & Pengerusi Pusat Islam UPMKB (2004-2013) dan pernah memenangi Pingat Perak dalam Pertandingan Inovasi P & P Anjuran KPM UiTM tahun 2014. Anjuran UPSI dan KPM (2 Pingat Perak) tahun 2015, Pingat Gangsa IUCEL Anjuran KPM, MEIPTA, UTM (2016) dan Anugerah Sijil Penghargaan TITAS PutraMOOC 2016 (UPM). Beliau juga terpilih untuk Kursus Kepimpinan Bakat Muda oleh AKEPT, KPM dan mewakili UPM ke Siam Reap Kambodia (Oktober 2015) dan AJK Induk Majlis Dakwah Negara (MDN), YADIM. Terkini menerima Anugerah sebagai instruktur PUTRAMOOC UPM (2016). Memenangi 2 Pingat Emas & 1 Perak Dalam Pertandingan Inovasi UniCel (2018)-UnisZa, 1 Perak dalam K-Novasi (2018), 2 Pingat Emas Dalam Pertandingan Inovasi (eLC) UTeM dan 1 Gangsa Di PIP (UUM)- 2017-memenangi 1 Perak & 3 Gangsa dalam pertandingan eLearning peringkat antarabangsa IUCEL USIM, MEIPTA & KPT-2017, 2 Gangsa dalam H-Inovasi (2017).Sekarang aktif menyampaikan TOT TITAS MOOC di UiTM, UPNM, UMT, UMP, UUM, UTAR, UCSI dan Pakar Rujuk Pembelajaran Terbantu TITAS MOOC Menggunakan Aplikasi Teknologi Web 2.0 melibatkan Zon Tengah, Selatan, Utara, Timur, Sabah dan Sarawak. Serta menghasilkan Buku Panduan HIEPS-MPU (2018) serta Buku Garis Panduan MPU Edisi Kedua tahun 2017 terbitan JPT KPT Malaysia.