Dkin Frozen Food pada awalnya diusahakan oleh pasangan suami isteri (Shidi dan Shikin) secara kecil-kecilan (homemade) untuk menampung keperluan harian dan menambah pendapatan keluarga. Permulaan perniagaan kami masih belum lagi mempunyai sebuah kedai atau bengkel pemperosesan khas dan hanya menumpang dapur kecil ibu di Kampung Parit Pulai, Parit Sulong. Semua kuih Dkin dibuat sendiri oleh Shidi dan dibantu isteri tersayang. Kini kami menyewa sebuah premis perniagaan di alamat No.17 Jalan Jaya, Taman Sentang Jaya Parit Sulong Batu Pahat Johor. Kedai kami diberi nama Dkin Frozen Food. Perniagaan kami mula diteruskan di dalam premis tersebut bermula pada 25 Januari 2023.
Dkin Bakery Enterprise adalah nama perniagaan kami yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara rasminya pada 21 Oktober 2020. Dengan ini kami menapak selangkah lagi maju kehadapan dalam usaha memasarkan produk keluaran kami. Semoga perniagaan kami ini dapat berkembang lagi dan dikenali ramai.
Produk Dkin lebih kepada pembuatan karipap. Kini terdapat 5 jenis karipap utama yang juga mempunyai penggemarnya yang tersendiri. In Shaa Allah... pada masa akan datang produk keluaran kami akan dipelbagaikan lagi.
Perniagaan kami beroperasi seperti biasa dan atas permintaan ramai jenis produk keluaran kami semakin bertambah. In Shaa Allah akan ada lagi pertambahan pada masa terdekat ini. Semoga kuih-muih kami mendapat sambutan pelanggan yang ramai dan dapat berkembang maju. Aamiin... In Shaa Allah...
Jutaan terima kasih kerana sentiasa mendoakan dan memberi sokongan kepada kami dan perniagaan kami.