MOE | DIGITAL LEARNING | KPM

Portal ini disediakan khusus buat guru, murid dan ibu bapa sebagai panduan dalam pelaksanaan pembelajaran era baru menggantikan FROG VLE , kaedah baru ini yang digelar sebagai DIGITAL LEARNING. Setiap guru dan murid diberikan ID khas oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan supaya pelaksanaan DIGITAL LEARNING ini dilaksanakan sebaiknya di sekolah secara efisyen.

TUTORIAL AKTIFKAN ID DAN JOIN CLASSROOM (MURID)

Sebelum ikuti tutorial berikut, sila pastikan murid telah dapatkan ID daripada guru kelas masing-masing.

- Buka browser atau pelayar web Google Chrome, jika belum install, sila install terlebih dahulu. Boleh gunakan smartphone.

- Buka portal KPM melalui address berikut : https://portal.moe-dl.edu.my

- Pilih Log Masuk (butang warna biru)

- Jika menggunakan komputer/laptop yang berkongsi, pilih butang Add Account

- Ruangan username, masukkan ID murid m-xxxxxxxx@moe-dl.edu.my (xxxxxxxx refer kepada nombor ID murid)

- Ruangan password masukkan password sementara Mxxxxxxxxs1640 (pastikan M huruf besar, xxxxxxxx refer kepada nombor ID murid). Ingat, password ini hanya sementara untuk pertama kali log masuk/log in

- Bila diminta tukar password, masukkan password berikut sktpxxxxxxxx (xxxxxxxx refer kepada nombor ID murid). Jangan masukkan password sendiri.

- Masukkan password yang sama sktpxxxxxxxx sekali lagi, klik Next

- Seterusnya akan keluar satu notifikasi iaitu perjanjian di antara pihak Google, pihak KPM dan user, klik Accept

- Bila berjaya masuk ke portal, bermaksud ID murid m-xxxxxxxx@moe-dl.edu.my telah berjaya diaktifkan. Tahniah!

- Tapi mereka belum masuk ke Google Classroom untuk join mana-mana kelas lagi

- Dalam portal, lihat di bahagian atas, pilih Murid

- Langkah seterusnya ialah untuk masuk ke Google Classroom (khusus buat murid yang pertama kali log masuk menggunakan ID KPM), pilih ikon Google Classroom yang terdapat dalam portal tersebut

- Pilih Student, jangan pilih Teacher

- Dalam Google Classroom, klik simbol + (terletak dibucu kanan sebelah atas Google Classroom)

- Klik Join Class

- Masukkan kod classroom yang guru bagi (rujuk guru berkenaan sama ada guru kelas atau guru subjek)

- Untuk masuk ke portal atau web/aplikasi Google Classroom lain kali, pastikan menggunakan ID yang sama (m-xxxxxxxx@moe-dl.edu.my) dan pastikan masukkan password yang telah ditukar iaitu sktpxxxxxxxx

Jika masih bermasalah, minta anak rujuk semula ID yg diterima daripada guru berkenaan. Adakalanya murid tersalah catat ID lengkap.

TUTORIAL 3 : GOOGLE CLASSROOM ASAS SIRI 1

Panduan buat guru-guru yang masih belum faham pengetahuan asas berkenaan dengan Google Classroom.

Video ini menerangkan bagaimana cara untuk membina kelas dan apakah fungsi-fungsi asas yang terdapat dalam Google Classroom.

Semoga ianya bermanfaat dan memudahkan para guru jadikan rujukan bila-bila masa.

PHOTOSCAPE X

Photoscape X merupakan salah satu alternatif kepada anda jika mahu membuat proses mengedit foto, walaupun tidak berkemahiran menggunakan Photoshop.

Dengan menggunakan perisian Photoscape X, anda bukan sahaja boleh mengedit gambar malah anda juga boleh menghasilkan gambar bergerak dengan mudah.

Cubalah. Software ini mempunyai 2 versi iaitu Photoscape X (percuma) manakala Photoscape X Pro (berbayar). Anda boleh muat turun perisian ini di web http://x.photoscape.org/

PANDUAN NILAI KALORI MAKANAN (PDF)

Ramai yang berhasrat nak kuruskan badan tapi tak tahu bagaimana cara terbaik untuk diet yang tidak memudaratkan diri. Cara terbaik kuruskan badan ialah menyeimbangkan kadar penerimaan kalori masuk ke badan dan menyahkan sejumlah kalori dari terkumpul menjadi lemak.

Bagaimana nak tahu jumlah kalori apa yang kita makan? Baca e-book ini >> PANDUAN KALORI

KRITA - ALTERNATIF KEPADA PHOTOSHOP

Software ini merupakan platform untuk mengedit gambar. Fungsinya hampir sama dengan Photoshop dan ianya boleh dimuatturun secara percuma di laman web KRITA

Tiada trial, tiada langganan.. download dan guna. Selamat mencuba.

TUTORIAL 2 : APA INCOGNITO? (VIDEO)

Satu kaedah supaya tidak meninggal jejak sebaik sahaja menutup pelayar web Chrome, terutama apabila menggunakan komputer berkongsi.

TUTORIAL 1 : CIPTA PROFILE DI GOOGLE CHROME (VIDEO)

Ramai yang mengeluh kerana portal yang disediakan oleh KPM sukar untuk login kerana gangguan dari emel Google yang lain, terutamanya mereka yang menggunakan pc/laptop secara berkongsi. Antara solusinya ialah mencipta profail Chrome.

Kod masuk ialah 0404