DEEJAYKAHWIN DOT COM, diusahakan sepenuhnya oleh Deejay Adam menerusi perniagaan miliknya, Awan Biru Event Management Services dengan dibantu oleh beberapa orang freelance deejay & crew. Mereka semua yang sangat berpengalaman mengendalikan majlis dan acara sama ada majlis secara indoor mahupun outdoor.


Deejay Adam, seorang deejay sangat berpengalaman luas dalam mengendalikan sesuatu majlis perkahwinan dan acara korporat secara santai dan bersahaja, tanpa terikat dengan protokol tertentu. Deejay Adam kerap mendapat review dan testimoni yang baik dan positif daripada para pelangganya. Keramahan dan kemesraannya merupakan personalitinya yang menjadi daya tarikan utama.


DeejayKahwin.Com menyediakan perkhidmatan sewaan PA System dan sewaan Set Karaoke untuk Majlis Perkahwinan, Acara Korporat, Private Event dan pelbagai majlis / acara yang dianjurkan oleh orang-perseorangan (individu), syarikat swasta / korporat, agensi kerajaan, NGO, institusi pendidikan dan tadika / taska.


Kami boleh menyediakan sewaan peralatan untuk small dan medium event dengan kapasiti pengunjung atau tetamu antara 50pax hingga 350pax dalam satu-satu masa. Antara acara yang pernah kami kendalikan adalah :




Selain Deejay, PA System dan Set karaoke, kami turut menyediakan perkhidmatan seperti berikut :



Kawasan liputan perkhidmatan kami adalah sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka. Kami juga menerima tempahan jika ada yang berminat mendapatkan khidmat kami bagi Pakej Deejay & PA System Karaoke untuk negeri Perak, Pulau Pinang, Pahang dan Johor.