Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang
Ruang tamu
Tangga ke tingkat atas
Meja santapan di ruang tamu
Ruang dapur
Bilik 1
(Master Bedroom)
Bilik 2
(Bilik Standard)
Bilik 3
(Bilik Deluxe)
Bilik 4
(Bilik Bujang)
Lokasi
Terletak di kawasan yang strategik dan berhampiran tempat-tempat tumpuan utama. Hanya kira-kira 3 KM dari pusat bandar Bukit Mertajam, 5 KM dari Bandar PERDA, 15 KM ke Juru Autocity, 12 KM ke pusat Bandar Sunway Seberang Jaya, 15 KM ke Jambatan Pulau Pinang.
Dikelilingi oleh pusat pengajian tinggi UiTM Permatang Pauh, Politeknik Seberang Perai, IPG Tuanku Bainun, IKTBN Bukit Mertajam dan Kolej Komuniti Bukit Mertajam.
Kemudahan di Daniella Homestay
Inapan yang selesa untuk keluarga anda. Rumah teres dua tingkat lot hujung dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik air.
Ruang letak kereta muat untuk 2 buah kereta bersaiz sederhana.
Sambungan Internet (WiFi 5).
Kemudahan Seterika.
Ruang Tamu yang luas dengan:
Penyaman Udara
Kipas siling
Sofa
Meja Makan Keluarga untuk 6 orang
TV yang disambungkan dengan MyTV.
Ruang Dapur yang luas dan
Dilengkapi dengan peralatan memasak asas.
Penapis air 8 lapisan serta penulen air Cucco.
Peti Sejuk.
Mesin basuh automatik.
Meja makan untuk 4 orang.
Bilik Air (berasingan).
4 Bilik Tidur ( Lokasi Bilik 1, 2 dan 3 di tingkat atas dan Bilik 4 di tingkat bawah)
Bilik 1 (Master Bedroom) - 1 katil double bed bersaiz Queen dilekapi dengan penyaman udara, kipas siling dan tuala mandi serta meja stesyen kerja. Bilik Air dengan pemanas air.
Bilik 2 (Standard Room)- 1 katil double bed bersaiz Queen dilekapi dengan penyaman udara, kipas siling dan tuala mandi. Bilik Air dilekapi pemanas air dan berkongsi dengan Bilik 3.
Bilik 3 (Deluxe Room)- 2 katil double bed bersaiz Queen dilekapi dengan penyaman udara, kipas siling dan tuala mandi. Bilik Air dilekapi pemanas air dan berkongsi dengan Bilik 2.
Bilik 4 (Bachelor Room)- 1 katil single bed dilekapi dengan kipas siling dan tuala mandi.
Polisi tempahan penginapan
Bilangan maksima tetamu yang dibenarkan pada setiap masa adalah seramai 12 orang sahaja termasuk kanak-kanak berumur 4-12 tahun. Tiada tilam tambahan atau Toto disediakan. Caj tambahan akan dikenakan jika bilangan tetamu melebihi dari bilangan maksima yang dibenarkan.
Homestay ini hanya menerima tempahan untuk tetamu beragama Islam sahaja. (We accept a reservation for Muslim guest only)
MEROKOK termasuk vape adalah DILARANG sama sekali di dalam premis ini. Penalti akan dikenakan sekiranya terdapat kesan-kesan merokok di dalam premis.
Sebarang peralatan kerja yang menggunakan tenaga elektrik selain dari pengecas telefon, tab dan komputer riba sekiranya digunakan di dalam premis ini akan dikenakan caj tambahan.
Deposit hanya akan dipulangkan apabila pengurusan Daniella HomeStay berpuas hati dengan kebersihan dan tiada kerosakan atau kehilangan ke atas kemudahan dan peralatan yang disediakan.
PENAFIAN (DISCLAIMER)
Keselamatan tetamu yang nenginap di Daniella Homestay ini adalah tanggung jawab tetamu itu sendiri. Pihak pengurusan Daniella Homestay tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kecederaan atau musibah akibat kecuaian tetamu di Daniella Homestay.
Kadar Penginapan Harian
Kadar harian bermula dari RM200 - RM350.
Deposit sekuriti dan kebersihan - RM 100 (tambahan deposit bergantung kepada tempoh masa menginap).
Kami juga menerima tempahan untuk tempoh yang melebihi 1 minggu dengan kadar istimewa. Hubungi kami untuk informasi lanjut.
Polisi pendaftaran:
Masa Pendaftaran Masuk ( Check-In Time) : 3:00 petang
Masa Pendaftaran Keluar ( Check-Out Time) : 12:00 tengahari
Pendaftaran masuk awal dan daftar keluar lewat bergantung kepada kekosongan pada hari tersebut. Caj lebih masa mungkin akan dikenakan.
Dikemaskini pada 8 May 2025.