Kabinet Dapur Nyatoh menonjolkan suasana dapur yang mewah yang menjadikan ia satu idaman semua pemilik rumah. Dengan perincian dan kemasan yang halus menampakkan reka bentuk dapur yang mewah lagi elegan serta tak dimakan usia.
Apa yang membuatkan kabinet Nyatoh istimewa menjadikan ia dapur idaman ramai? Mari kita lihat dengan lebih lanjut.
Kayu Nyatoh adalah salah satu jenis kayu asli yang terdapat di hutan hujan tropika di Asia Tenggara, terutama di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Filipina. Ia sering digunakan dalam pembuatan kabinet kayu padat (Solid Wood). Ia mempunyai butiran lurus yang ketat yang menyerupai kayu ceri. Permukaan kayu Nyatoh berwarna coklat gelap / merah.
Nyatoh solid wood
Kebiasaannya, pengilang kami akan memilih kayu Nyatoh gred A bagi memastikan kualiti papan kabinet terjamin. Oleh sebab itu, tempoh pembuatan Kabinet Dapur Nyatoh kami mengambil masa dalam 3-4 minggu. Hal ini demikian kerana kami mengambil berat tentang kawalan kualiti pembuatan kabinet kayu Nyatoh kami.
Kabinet kayu biasanya mempunyai pelbagai reka bentuk pintu yang boleh dipilih mengikut tema dapur anda.
Kelebihan utama bagi material MDF adalah ia tidak terpengaruh dengan perubahan suhu persekitaran. Ini menyebabkan cat yang di sembur ke panel pintu tidak akan merekah. Di samping itu juga permukaan panel akan menjadi lebih licin tanpa serat kayu. Kami memastikan MDF yang digunakan adalah jenis HMR (High Moisture Resistance) untuk memastikan material tahan daripada kelembapan dan air.
Corak kayu yang natural menjadikan kabinet kayu ini sesuatu yang istimewa untuk ruang dapur anda. Tidak perlu bimbang kerana kekuatan kayu Nyatoh yang berkualiti sangat kukuh serta anti-termites.
Betul ke kayu Nyatoh anti-termites?
Ya, kayu padu Nyatoh adalah bahan yang sangat tahan. Berbanding dengan kayu lain yang cepat rosak akibat lembapan air, kulit kayu mengelupas dan pecah. Kabinet dapur kayu padu ini jauh lebih mudah untuk membaikinya daripada memasang kabinet yang dibina dari bahan lain.
Perincian pada kemasan kabinet dapur Nyatoh sangat halus dan disegani ramai. Dengan kualiti kayu Nyatoh ini yang bermutu tinggi, memang tak dinafikan ramai yang mengidamkan kabinet dapur Nyatoh dengan sifatnya yang timeless!
Ia sering dipilih dalam pembuatan kabinet yang bermutu tinggi serta tahan lebih lama.
Material kayu ini pada mulanya sangat digemari oleh pemilik-pemilik rumah yang berjiwa klasik. Daripada tema English Cottage, Country-side, Rustic – bagi mereka yang inginkan permukaan kayu yang dikenakan salutan Varnish menonjolkan corak ira kayu yang sangat cantik.
Ataupun bagi yang ingin menggabungkan ciri-ciri moden. Anda boleh memilih warna kesukaan anda dan kami akan cat semburan khas (custom spray paint) untuk kabinet dapur idaman anda.
Pelanggan yang memilih untuk menggunakan kabinet jenis Nyatoh Solid Wood boleh memilih pelbagai jenis warna kabinet mengikut tona warna yang sesuai dengan tema di rumah. Cat yang dipilih juga boleh ditentukan samada mahu fully gloss ataupun jenis matte finish.
Pelbagai koleksi warna kemasan nyatoh kami yang anda boleh pilih mengikut tema dapur anda. Kemasan pada permukaan lapisan nyatoh memberi tekstur yang lembut, bersih dan juga tidak mudah pudar.
Selain itu, antara kelebihan lain bagi material nyatoh ini juga termasuklah:
Kayu Nyatoh solid adalah pilihan terbaik untuk kabinet jika anda utamakan ketahanan jangka panjang, kekuatan, dan kemasan mewah. Ia:
Tahan lama dan kukuh
Tahan serangga serta kelembapan sederhana
Memberi rupa premium dengan urat kayu semula jadi
Boleh dibaiki dan dikemaskan semula
Sesuai untuk pelbagai gaya reka bentuk
Kesimpulannya, walaupun kosnya lebih tinggi daripada Melamine atau MDF, Nyatoh solid wood adalah pelaburan berbaloi untuk kabinet yang tahan lama, cantik, dan eksklusif.