Kabinet Dapur Melamine MDF adalah singkatan kepada medium density fibreboard dan HMR adalah bermaksud High Moisture Resistance (Rintangan Kelembapan Tinggi), iaitu sejenis produk kayu kejuruteraan yang direka khusus untuk mempunyai ketahanan yang lebih baik terhadap kelembapan dan udara lembap.
Papan HMR biasanya digunakan di kawasan yang terdedah kepada kelembapan yang tinggi seperti dapur, bilik air, bilik dobi, dan aplikasi luar.
Papan HMR dihasilkan dengan mencampurkan bahan tambahan kalis air ke dalam gentian kayu dan pengikat resin semasa proses pengeluaran, menghasilkan ciri ketahanan kelembapan yang lebih baik.
Disebabkan MDF tidak mempunyai corak kayu, finishing spray paint biasanya digunakan untuk mendapatkan hasil yang cantik untuk kabinet.
Kelebihan utama bagi material MDF adalah ia tidak terpengaruh dengan perubahan suhu persekitaran. Ini menyebabkan cat yang di sembur ke panel pintu tidak akan merekah. Di samping itu juga permukaan panel akan menjadi lebih licin tanpa serat kayu. Kami memastikan MDF yang digunakan adalah jenis HMR (High Moisture Resistance) untuk memastikan material tahan daripada kelembapan dan air.
MDF HMR bermaksud Medium Density Fibreboard - High Moisture Resistance
Ketahanan Kelembapan Tinggi
Dibandingkan dengan MDF biasa, MDF HMR lebih tahan terhadap serapan air dan tidak mudah mengembang atau melengkung bila terdedah kepada kelembapan.
Permukaan Licin dan Seragam
Sesuai untuk kemasan cat, lamina (laminate), atau venir (veneer).
Mudah Diproses
Boleh dipotong, digerudi, atau dikemaskan dengan mesin kayu biasa.
Warna Biasanya Hijau
MDF HMR biasanya berwarna hijau untuk membezakan ia daripada MDF biasa (warna coklat muda).
Kelebihan utama bagi pelanggan yang memilih untuk menggunakan kabinet jenis MDF HMR adalah mereka boleh memilih pelbagai jenis warna kabinet mengikut tona warna yang sesuai dengan tema di rumah. Cat yang dipilih juga boleh ditentukan samada mahu fully gloss ataupun jenis matte finish.
Pelbagai koleksi warna kemasan MDF HMR kami yang anda boleh pilih mengikut tema dapur anda. Kemasan pada permukaan lapisan MDF HMR mempunyai tekstur yang lembut, bersih dan juga tidak mudah pudar.
Selain itu, antara kelebihan lain bagi material MDF HMR ini juga termasuklah:
Tahan Lembap
– Tak mudah mengembang atau rosak bila kena wap air. Sesuai untuk dapur & bilik air.
Permukaan Licin
– Senang untuk cat, laminate, atau tampal vinyl.
Murah & Jimat
– Lebih murah dari plywood kalis air, tapi lebih tahan dari MDF biasa.
Senang Potong & Pasang
– Mudah kerja semasa buat kabinet custom.
Nampak Kemas & Moden
– Finishing nampak cantik, boleh ikut banyak gaya dekorasi.
Tak Retak, Tak Ada Serat
– Permukaan rata, tak macam kayu solid yang boleh retak atau bengkok.
MDF HMR ialah pilihan terbaik untuk kawasan lembap. Ia beri gabungan antara kos efektif, ketahanan, dan rupa kemas – sangat sesuai untuk kegunaan dalaman rumah moden.