Ramai yang pernah berdepan kes dadah, khususnya kes urine positif, akan cakap benda yang hampir sama:
“Takpe lah… bayar denda je.”
Memang betul, untuk kes pertama atau kedua, biasanya masih boleh selesai dengan denda. Sebab itu ramai jadi “selesa” dan anggap kes ini ringan. Turun naik mahkamah pun dah jadi biasa. Malah ada yang sampai boleh nasihat kawan-kawan: “Mengaku je, cepat settle.”
Tapi realitinya, undang-undang dadah di Malaysia tidak berhenti di situ.
Bila seseorang sudah dua kali disabitkan kes urine positif, kali ketiga bukan lagi cerita denda. Kes akan naik ke Seksyen 39C, dibawa ke Mahkamah Sesyen, dan hukuman menjadi lebih berat serta mandatori:
👉 Penjara minimum 5 tahun
👉 Wajib kena rotan
Pada tahap ini, tiada lagi pilihan denda, dan juga tiada “rayuan untuk ringan sangat”. Ramai keluarga terkejut bila sampai ke tahap ini, kerana dari awal mereka menyangka kes ini hanyalah kes kecil.
Akhirnya, apa yang disangka “bayar denda selesai” boleh bertukar menjadi “penjara bertahun + sebatan wajib.”
Sebab itu, fikirkan juga orang tersayang dan kesan jangka panjang sebelum mengambil ringan kes seperti ini. Dapatkan nasihat daripada peguam kes dadah atau peguam jenayah yang berpengalaman, bukan bergantung kepada cakap-cakap orang yang tidak memahami undang-undang sepenuhnya.
Jika anda atau ahli keluarga sedang berdepan siasatan atau pertuduhan berkaitan dadah, jangan tunggu sehingga keadaan menjadi lebih rumit. Kes dadah melibatkan undang-undang teknikal, prosedur ketat, dan hukuman berat. Oleh itu, mendapatkan nasihat awal daripada peguam jenayah yang berpengalaman dalam kes dadah adalah langkah paling penting untuk melindungi hak pembelaan anda sejak awal.
Satu soalan yang sangat kerap peguam kes dadah ditanya: “Saya tak jual pun… kenapa kena tuduh edar dadah?”
Di Malaysia, untuk pertuduhan mengedar dadah (Seksyen 39B), tidak semestinya perlu bukti jualan. Jika jumlah dadah yang ditemui melebihi had tertentu yang ditetapkan oleh undang-undang, seseorang boleh terus dianggap sebagai pengedar dadah.
Contohnya kes sebenar: Polis melakukan serbuan, dan menemui dadah jenis ICE dalam kereta. Setiap paket mungkin nampak kecil, sekitar 15–20 gram sahaja. Namun apabila jumlah keseluruhan dikira, ia boleh melepasi had undang-undang dan membawa kepada pertuduhan di bawah Seksyen 39B. (50g syabu/ice adalah cukup untuk seseorang dituduh di bawah pertuduhan mengedar dadah)
Kes seperti ini:
Tidak boleh dijamin, tertuduh akan ditahan sepanjang perbicaraan
Berdepan risiko hukuman paling berat di Malaysia
Jika disabitkan bersalah, hanya ada dua kemungkinan hukuman:
👉 Hukuman mati
👉 Penjara 30 tahun + 12 sebatan (mandatori)
Perkara penting yang ramai tidak tahu ialah mahkamah tidak mempunyai budi bicara untuk “ringankan hukuman” dalam kes ini. Undang-undang menetapkan hukuman tersebut sebagai wajib jika sabit kesalahan.
Jika anda atau ahli keluarga sedang berdepan siasatan atau pertuduhan berkaitan dadah, dapatkan nasihat awal daripada peguam jenayah adalah langkah paling penting untuk melindungi hak pembelaan anda sejak awal.