Video Asas Haji dan Umrah

Portal Kursus Asas Haji

Laman ini dibina untuk membantu tetamu Allah yang bakal mengerjakan haji mendapat maklumat yang asas berkaitan Haji dan Umrah. Video di butang =MENU di atas telah dikumpul adalah rakaman Kursus Asas Haji anjuran Tabung Haji yang diadakan secara dalam talian sepanjang tahun 2020 dan 2021 ketika pandemik Covid-19. Video-video telah disunting berdasarkan tajuk-tajuk khusus dalam mengerjakan haji berdasarkan buku panduan mengerjakan haji yang diterbitkan oleh Tabung Haji.

Tajuk yang disunting dalam himpunan video ini adalah:

  1. Sejarah Haji

  2. Falsafah Haji

  3. Rukun Haji

  • Niat

  • Wukuf

  • Tawaf

  • Saei

  • Cukur atau bergunting

  • Tertib pada kebanyakan rukun

  1. Wajib Haji

      • Niat di miqat

      • Larangan Ihram dan Penerangan tentang Dam

      • Mabit di Muzdalifah

      • Melontar jamrah Kubra

      • Mabit di Mina

      • Melontar 3 jamrah

  2. Kaedah / Jenis Haji (Tamattuk, Ifrad dan Qiran)

  3. Umrah Haji

  4. Isu-isu Wanita:

      • Jenis darah wanita

      • Haid

      • Itiadhah

      • Angin Faraj wanita dan keputihan ketika kerja haji

      • Isu penggunaan pil tahan haid

      • Cara ambil wudhu ketika berhadas (menanggung najis)

      • Mengerjakan tawaf ketika haid.

      • Fiqh wanita

      • Taharah

      • Aurat

      • Izin suami

  5. Isu Umum

      • Tawaf wada (selamat tinggal)

      • Solat jamak

      • Syarat kerja haji

      • Ziarah Nabi di Madinah

      • Niat bersyarat bagi Umrah

      • Niat bersyarat bagi haji

      • Tarikh perlaksanaan haji

      • beza rukun haji dan wajib haji

      • Beza rukun haji dan rukun umrah

      • Beza haji ifrad, tamattuk dan qiran.

Selamat menonton. Semoga beroleh Haji Mabrur.

Amin ya Rab