Sinopsis
Modul ini mengajar tenaga pengajar cara untuk menggunakan platform Google Site dalam membantu pelajar untuk bijak merancang kewangan. Pelajar hanya perlu tingkatkan pengetahuan kewangan. Celik kewangan, membuat perancangan yang teliti, dan disiplin tinggi untuk menguruskan kewangan dengan berhemah. Ia membolehkan mereka membina laman web yang efektif untuk berkongsi sumber pembelajaran, maklumat penting, dan perkongsian dengan pelajar dan rakan sekerja.
Analisis TNA :
Modul ini dihasilkan berdasarkan analisis keadaan kewangan yang dipaparkan oleh media dari masa ke semasa. Berita banyak memaparkan bahawa insiden rakyat Malaysia yang muflis dalam umur yang muda adalah ketara. Statistik menunjukkan 287,411 individu telah disitiharkan muflis setakat Mac 2022 dan sebilangan besar angka ini adalah anak muda (Sunday Mail 26.5.22- Dimuat turun 23 Jun 2022).
Objektif
Objektif Umum : Modul ini bertujuan untuk memberi tenaga pengajar pengetahuan dan kemahiran dalam Pengurusan kewangan peribadi bukan perkara yang mudah. Ini adalah fakta. Walaupun ramai yang beranggapan ini adalah perkara mudah, tetapi hakikatnya - Mengurus kewangan peribadi perlukan rancangan yang teliti, perlaksanaan yang bijak, dan disiplin diri yang tinggi.
Objektif Khusus:
Memahami konsep pengurusan kewangan peribadi dan profesional.
Mengenal pasti strategi pengurusan hutang dan pembayaran pinjaman.
Mengembangkan kemahiran pelaburan yang bijak dan merancang kewangan jangka panjang.
Meningkatkan kesedaran tentang perlindungan kewangan dan perancangan persaraan.
Mengatasi tekanan kewangan dan menjaga keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi.
Direktori Pembangunan Modul Google Site
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Ilmu Khas