Boba Time Street diasaskan oleh Puan Nursyazlinda Binti Che Ibrahim serta suaminya Encik Muhamad Farhan Bin Ibrahim. Ia ditubuhkan pada tahun 2019.
Boba kami yg lembut dan lain dari yang lain membuatkan pelanggan-pelanggan tidak beralih arah dan sentiasa menjadi pelanggan tegar.
Bahan bahan yang digunakan oleh Boba Time adalah bahan premium. Untuk memberikan impak rasa yang hebat dan lazat.
Brown sugar yang digunakan tidak mengandungi sebarang bahan pengawet. Ini kerana, kami memproses dan memasak sendiri setiap hari demi menjamin kesegaran dan kualiti setiap produk kami.
Begitu juga boba kami. Kami ada resepi tersendiri utk memasak boba menjadi lazat, lembut dan tidak keras.
Istimewanya minuman kami, dihidangkan dengan Fresh Cream yg sgt lazat serta Gula perang yang dibakar pada bahagian atas Fresh Cream. Rangup-rangup gula bakar yang terasa manis-manis pahit menjadikan gabungan yang sangat mantap.
Minuman kami terbahagi kepada 6 jenis iaitu :-
Brown Sugar Signature (terdapat 8 perisa)
Dalgona Series (terdapat 3 perisa)
Latte Series (terdapat 5 perisa)
Chocolate Series (terdapat 2 perisa)
Royale Fruity ( terdapat 3 perisa)
Refreshing juice (terdapat 3 perisa)
Minuman Boba Time sangat sesuai kesemua peringkat umur (kanak-kanak dan dewasa)