BAHAGIAN KAWALAN KUALITI LATIHAN

INSTITUT TEKNIKAL JEPUN MALAYSIA

PENGAMBILAN SKROL & TRANSKRIP

PERMOHONAN SKROL & TRANSKRIP

  1. Graduan JMTI boleh memohon untuk pengambilan skrol / transkrip bermula Januari 2023.

  2. Graduan perlu mengisi maklumat dan mematuhi tarikh dan masa yang dipilih. Jumlah maksimum kapasiti graduan adalah seramai 30 orang sahaja dalam sehari untuk mengambil skrol/transkrip.

  3. Pihak institut akan menyemak status hutang pelajar selepas menerima permohonan. Graduan yang berhutang akan dihubungi oleh pihak institut bagi tindakan selanjutnya.

  4. Perkhidmatan secara pos skrol/transkrip adalah TIDAK DIGALAKKAN oleh pihak Institut bagi mengelakan kehilangan skrol/transkrip. Walaubagaimanapun, graduan boleh memohon untuk perkhidmatan pos dengan pembiayaan kos sendiri dan tanggungjawab sendiri.

  5. Anda digalakkan untuk menggunakan sampul surat Flexi/Express bagi memastikan keselamatan sijil yang akan dihantar lebih terjamin. Pihak institut akan menyemak status hutang anda sebelum proses penghantaran dilakukan. Proses ini akan mengambil masa selama 7 hari dari hari bekerja.

  6. Pihak institut tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan dan kehilangan skrol/transkrip semasa proses penghantarannya.

Untuk pertanyaan, sila hubungi:

BAHAGIAN KAWALAN KUALITI & LATIHAN (BKKL)

INSTITUT TEKNIKAL JEPUN MALAYSIA

59, Lorong Bukit Minyak 15,

Kawasan Perindustrian Bukit Minyak,

14100 Bukit Mertajam,

Pulau Pinang

Emel: bkkljmti@jtm.gov.my

Tel: 04-5087800 smbg 2407/2421/8108