A. DOKUMEN PERJANJIAN
Semua pemohon yang DILULUSKAN permohonannya, WAJIB mengisi PERJANJIAN BANTUAN KEWANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI (antara PELAJAR dengan KERAJAAN MALAYSIA) sebanyak DUA SALINAN.
Secara amnya, perjanjian ini mengandungi IKRAR pelajar supaya belajar sehingga tamat dan tidak melanggar perjanjian
Setiap salinan perjanjian mesti dibayar DUTI SETEM oleh pelajar samada menggunakan melalui laman web STAMPS
Perjanjian yang telah dibayar duti setem WAJIB dikembalikan kepada penyelaras BKPKK Kolej Komuniti Shah Alam untuk simpanan pihak kerajaan dan proses bayaran
B. KESAN PELANGGARAN SYARAT DAN PERJANJIAN BKPKK
KESAN PERLANGGARAN
Dihentikan BKPKK pada semester berikutnya
Disenarai hitam dari permohonan BKPKK di masa hadapan
Di arah membayar semula amaun yang telah dibayar kepada pelajar
CONTOH KES UMUM PERLANGGARAN
Melanggar syarat permohonan dan syarat kelulusan
Berhenti Pengajian / Menukar Program Pengajian / Menukar Kolej Komuniti tanpa kebenaran Kolej Komuniti Shah Alam dan JPPKK
Dibuang dari pengajian akibat masalah disiplin, gagal pengajian , gugur taraf, atau sebab-sebab lain