Bantah PSS (Pas Sementara Sabah)

Sabah For Original Sabahans: Say No to Pas Sementara Sabah (PSS )

Sebagai Rakyat Tulen Sabah, kami MEMBANTAH keputusan pengeluaran Pas Sementara Sabah (PSS ) kepada Pendatang Tanpa Izin (PATI) di Sabah kerana:

1) Rakyat tulen Sabah mahu kerajaan menghantar balik PATI ke negara asal mereka.

2) Pengeluaran PSS kepada PATI di Sabah tidak akan menyelesaikan masalah kebanjiran PATI di negeri ini.

3) Pengeluaran PSS akan hanya menggalakan lebih ramai PATI masuk ke Sabah secara haram.

4) Soal keselamatan negeri Sabah akan tergugat jika kebanjiran PATI ke negeri ini tidak dipantau dengan teliti.

5) Kebanjiran PATI akan mengurangkan peluang pekerjaan untuk rakyat Sabah.

6) Kemungkinan PSS disalahguna sebagai dokumen sokongan untuk mendapatkan status Permastautin Tetap (Permanent Resident), ataupun kewarganegaraan Malaysia.

7) Bagi Sabah, bersama-sama Sarawak dan Malaya, menyertai pembentukkan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 adalah atas sebab isu-isu keselamatan seperti ancaman tuntutan kerajaan Filipina dan Sultan Sulu terhadap Sabah sebagai wilayahnya selain drpd ancaman pengaruh komunis.

(Saya berpendapat jika rakyat Sabah pre kemerdekaan tahu bhw PSS akan dilaksanakan suatu hari nanti oleh kerajaan persekutuan, keberangkalian Sabah menyertai pembentukkan Malaysia berkemungkinan besar tidak jadi.)

8) Bila sudah bentuk Negara Malaysia dgn terma2 MA63 maka negara ini adalah negara berdaulat BUKANNYA NEGARA KEBAJIKKAN PTI.

9) Justeru itu, menentang perlaksanaan PSS menunjukkan semangat patriotisma dan nasionalisma Orang Sebenar Sabah dalam mempertahankan semangat asal pembentukkan Persekutuan Malaysia serta menegakkan kedaulatan negara ini dgn undang2 yang termaktub.

10) Perlaksanaan PSS langsung mencairkan 3 teras di atas.

#bantahPSS

#sayNOtoPSS