INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN PASIR GUDANG
Kursus ini menekankan kemahiran dalam kerja-kerja servis kenderaan bermotor (automotif) termasuk sistem enjin, sistem casis, sistem transmisi dan lain-lain. Pelajar-pelajar juga akan dilengkapkan dengan kemahiran pengurusan, penyeliaan dan pedagogi dalam industri automotif. Setelah tamat kursus pelajar mesti boleh menyelenggara, merumus masalah automotif dan boleh mengajar dalam bidang ini. Dalam kursus ini, pelajar akan diajar menyelenggara, membaikpulih enjin, sistem pacuan, sistem brek, sistem autoelektrik, sistem stereng, sistem gantungan dan sistem penyaman udara, memasang komponen-kompenan kenderaan dan memandu uji serta teknik-teknik keselamatan mengikut kehendak ordinan lalulintas.
https://drive.google.com/drive/folders/1MMoPPJysISzPAwMFw7jQURcJosdt2M5M?usp=drive_link
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 G452-002-3:2018 Servis Diagnostik – Kenderaan Ringan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Sijil Teknologi Automotif oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
Warganegara Malaysia;
Berumur 17 hingga 35 tahun;
Memiliki SPM dengan:
Lulus Bahasa Melayu,
Lulus Matematik/ Matematik Tambahan,
Lulus Sejarah;
Lulus Satu (1) subjek lain selain (a) dan (b).
Tidak buta/buta warna /rabun /pekak (tanpa alat bantuan) /bisu /cacat fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
Latihan teori dan amali : 24 Bulan
Latihan Industri: 3 Bulan
Bertambah bilangan kenderaan dari sehari ke sehari menyediakan peluang pekerjaan yang banyak dalam bidang ini seperti bekerja di pusat-pusat servis kenderaan dan kilang-kilang pemasangan kereta atau membuka bengkel sendiri. Di antara bidang pekerjaan tersebut adalah Mekanik Automotif atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang automotif.
Hubungi info.ilppg@jtm.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut