LATAR BELAKANG MAHATMA GANTHI
Mahatma Gandhi dikenali sebagai seorang pemimpin India yang membebaskan India dari belenggu penjajahan Inggeris dengan berasaskan kedamaian.
Gandhi lahir di porbandar, Gujarat, india pada 2 Oktober 1869. Dia lahir sebagai putra kepada seorang ahli politik senior bernama Karamchand Gandhi dengan Putibai Gandhi.
Pada tahun 1888, Gandhi meneruskan pembelajaran peringkat university dalam bidang perundangan di University College, London. Di sana, beliau belajar untuk menjadi peguam di Inner Temple, London.
Beliau pergi ke Afrika Selatan untuk menjadi peguam bela kepada sepupu Abdullah dan tinggal di Afrika Selatan selama dua puluh satu tahun untuk mengasah ilmu politik dan keterampilan pemimpin. Beliau banyak mendapatkan perlakuan buruk rasisme di sana. Kehidupan di Afrika Selatan mengajari Gandhi banyak hal mengenai diskriminasi.
Pada tahun 1894 Gandhi membantu Natal Indian Congress untuk menyatukan suara politik yang membuat Gandhi diserang pada tahun 1897 oleh para demonstran berkulit putih. Walaupun begitu, British masih memiliki kuasa dalam pemerintahan India.
Beliau mula membantu rakyat India yang telah dihina dan didera oleh pemerintahan British. Untuk memerangi penindasan British, Gandhi memilih jalan tanpa kekerasan.
Beliau adalah seorang pemimpin terkenal gerakan kemerdekaan India yang berjuang keras untuk kebebasan India. Selepas kembali ke India, beliau memulakan kempen kemerdekaan seperti tidak bekerjasama, ketidaktaatan sivil. Seterusnya, semuanya berjaya menyumbang kepada kemerdekaan India.Sebagai pejuang kemerdekaan,gandhi telah dipenjarakan beberapa kali, namun dia tetap bertegas dalam memerangi kezaliman British untuk keadilan India.
Beliau adalah seorang yang teguh percaya kepada keganasan dan perpaduan rakyat semua agama, yang beliau pertahankan sepanjang kempen kemerdekaannya. Selepas beberapa kali bergelut dengan ramai orang India, dia dan pejuang kemerdekaan lain akhirnya berjaya menubuhkan India sebagai sebuah negara merdeka pada 15 Ogos 1947.
Kemudian, dia dibunuh oleh Nathuram Godse, seorang aktivis Hindu, pada 30 Januari 1948.