Surau As-Salam (JAISel.BPM01/032/253) yang terletak di Seksyen 4, Kota Damansara memulakan operasi pada tahun 2004, kini pantas berlaku perubahan setelah mendapat kebenaran untuk menjalankan Solat Jumaat sejak Januari 2012.
Kami memohon tajaan sumbangan anda untuk perkara berikut:
MENAIKTARAF KEMUDAHAN PERSEKITARAN SURAU
bumbung & lantai kawasan solat terbuka, sistem pengudaraan (kipas & penghawa dingin), ruang parkir kenderaan, bangunan bilik air baharu (wuduk & bilik jenazah), ruang makan (dapur/kantin/kafe), pejabat pentadbiran, laluan khas orang kurang upaya, dekorasi surau (kubah & karpet) & lain-lain
MEMPERKASAKAN AKTIVITI & MEDIA (AUDIO VISUAL)
menganjurkan aktiviti & program untuk semua peringkat umur, infaq prihatan & kebajikan kariah, membangunkan biro media (paparan LCD interaktif, alam maya, kuliah online & publisiti), memantapkan pembesar suara, menjalankan perniagaan cucian kereta & sewaan tapak perniagaan