Pada 16 Januari 2020, satu Majlis Khatam Al-Quran diadakan bagi meraikan Peserta Tadarus Al-Quran seramai hampir 30 orang. Kelas Tadarus ini yang bermula 2 tahun lepas, kini sudah berakhir keseluruhan Bacaan Al-Quran. Kelas dijalankan setiap hari Isnin sehingga Sabtu selepas selesai Solat Subuh Berjemaah. Pencetus tadarus ini bermula dari Saudara Jeffri Salleh dengan bimbingan harian oleh Bilal Surau, Saudara Muhammad. Majlis bermula dengan Solat Maghrib Berjemaah diikuti Bacaan & Doa Khatam Al-Quran dibimbing oleh Imam Surau, Ustaz Syah Rizal.
Seterusnya kata-kata aluan Pengerusi Majlis oleh Saudara Afeeq Halim. Majlis memberi ruang kepada Saudara Jeffri Salleh selaku Pengarah Program & juga Pengerusi Surau, Hj. Azmi untuk memberi ucapan. Majlis penyampai hadiah bagi menghargai peserta disampaikan oleh Pengerusi Surau, Hj. Azmi & Imam Surau, Tuan Zainol. Semua hadirin dijamu dengan hidangan khas disediakan secara rewang beramai-ramai yang diketuai sendiri oleh Imam Surau, Tuan Zainol. Tahniah diucapkan kepada semua peserta. Terima kasih juga buat penaja majlis & para hadirin kerana menjayakan majlis ini. Semoga majlis ini diberkati Allah.