Penganjuran program ini melibatkan pertandingan penciptaan reka bentuk busana daripada bahan-bahan guna semula yang merangkumi semua aspek dalam seni reka pakaian dengan pelbagai teknik dan kaedah penghasilannya.

Penglibatan murid-murid dalam pertandingan yang diselaraskan ini bertujuan memberi pendedahan dan memupuk penghargaan terhadap perkembangan seni visual kepada murid peringkat sekolah menengah serta meningkatkan ilmu pengetahuan, mencungkil bakat dan memupuk penghargaan terhadap nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya.