Malaysia merupakan negara yang mempunyai kepelbagai sosiobudaya.
Negara ini mengandungi rakyat yang mempunyai pelbagai latar belakang sosial.
Masyarakat berbilang kaum, ras etnik, menggunakan bahasa yang berbeza tetapi bahasa melayu sebagai bahasa utama.
Wujud pelbagai jurang dan perbezaan dalam pendidikan.
Kepelbagaian budaya mewujudkan isu ketidaksamaan sosiobudaya dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Umumnya di masa kini, kita biasanya membahagikan masyarakat Malaysia kepada lapisan mengikut pendapatan isi rumah: B40 (disebut sebagai Bottom 40% atau golongan berpendapatan terbawah 40%), M40 (disebut sebagai Middle 40% atau golongan berpendapatan menengah 40%) dan T20 (disebut sebagai Top 20% atau golongan berpendapatan teratas 20%).
(Kaji Selidik Kemudahan Asas dan Pendapatan Isi Rumah, 2019)
yang dilakukan oleh Jabatan Standard Malaysia, hasil penyelidikan mendapati bahawa kumpulan T20, M40 dan B40 mempunyai pendapatan isi rumah median sekurang-kurangya RM15,021, RM7,093, dan RM3,166 mengikut turutan masing-masing.