Teruk Sifu Marketing Kena Bahan
Pengguna media sosial dah lali, dan pandang sinis
Teruk Sifu Marketing Kena Bahan
Pengguna media sosial dah lali, dan pandang sinis
Sifu Marketing sendiri susah cari makan di sosial media?
Jika kita perhatikan iklan-iklan sifu markerting yang muncul di media sosial, boleh tahan komen negatif yang muncul. Anda boleh baca tangkap layar yang saya ambil di bawah (Baru je saya ambil tadi)
Bila negatif yang mula, negatif juga mengikut
Saya tak berhasrat untuk ulas berkaitan teknik pemasaran, sebaliknya berkaitan psikologi tindak tanduk kita. Selalunya berdasarkan pengalaman saya dan juga pemerhatian, bila sesuatu hantaran dimulakan dengan komen yang negatif, ia akan menarik komen negatif yang lain. (Negatif di sini bukan bermaksud 'jahat')
Jika komen pertama adalah positif, komen yang memuji, saya percaya agak sukar individu yang ingin komen negatif meneruskan hasratnya. Kalau enam orang dah komen positif, mana mungkin dia berani untuk beri komen negatif. Besar kemungkinan dia komen pun sebab bila dah ada komen negatif, dia pun komen juga. (Sekali lagi negatif di sini bukan bermaksud 'jahat' tetapi lebih kepada ulasan yang tidak akan disenangi)
Oleh sebab itu anda mesti perasan, ada iklan yang mengupah, membina profil sampingan dan letakkan komen positif banyak-banyak untuk menghalang komen negatif masuk. Hahaha
Benda positif juga ada momentum
Sama juga dengan kehidupan kita. Jika kita buat satu perkara yang baik, mendatangkan impak positif berulang kali, ia akan menjana momentum yang berterusan dan anda hanya perlu maintain. Bila perkara-perkara positif saja yang kelihatan, perkara negatif sukar untuk mencelah rutin harian anda. Kalau negatif masuk juga pun anda tak peduli sebab lebih banyak yang positif! Oleh itu bangunlah pagi dengan ceria! Jika awal pagi dah runsing, mustahil hari anda akan berjalan dengan tenang. Jadi banyakkan benda positif masuk dalam kepala anda!
Amirul Ramli
-Kedamaian Hidup Kesejahteraan Mental-
Penceramah Pengurusan Stress dan Kesihatan Mental
5 Januari 2024, Jumaat (6.50 Pagi)