Penceramah Skor A SPM
Tips study sedikit tetapi dapat A banyak dalam peperiksaan
Penceramah Skor A SPM
Tips study sedikit tetapi dapat A banyak dalam peperiksaan
Untuk skor A exam wajib buat ulang kaji berjam-jam lamanya ke?
Saya ada seorang kawan. Memang selalu skor waktu kuiz, peperiksaan di Universiti. Yang peliknya dia ni kuat juga main game! Saya main game, dia main game. Saya belajar dia masih lagi main game. Bila saya dah penat ulang kaji, dia buat ulang kaji sekejap saja tapi boleh skor pula tu! Memang geram saya tengok. Apa rahsia dia?
Ulang kaji lama tak guna, jika INTENSITI rendah
Anda mungkin seorang yang rajin. Buat ulang kaji sehari suntuk lebih-lebih lagi bila esok ada peperiksaan. Namun ianya sia-sia kalau intensiti anda rendah. Maksudnya apa? Sambil ulang kaji main smartphone, sambil jawab soalan berbual kosong dengan kawan, waktu study tu tak serius! Itu maksud ulang kaji dengan intensiti yang rendah.
Kalau nak di bandingkan dengan 8 jam belajar biasa-biasa (intensiti rendah) dengan 4 jam dengan intensiti yang tinggi, anda rasa yang mana satukan akan menjanjikan keputusan terbaik dalam exam?
Macam mana cara untuk tingkatkan intensiti?
Ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan seperti memastikan persekitaran tempat ulang kaji anda mesra, tiada gangguan malah mempunya aura yang mendorong anda untuk lebih fokus. Seperti sudut belajar persendirian di rumah, ruang ulang kaji di perpustakaan, atau di mana sahaja yang menjadikan anda fokus 120 peratus.
Selain itu ulang kaji dengan buku latihan yang bersesuaian dan mencabar juga dapat meningkatkan tahap intensiti anda. Kalau asyik buat soalan mudah seperti contoh buku teks, anda akan jadi tidak serius dan rasa tidak perlu lagi buat ulang kaji.
Anda mencari penceramah teknik ulang kaji skor SPM?
Saya merupakan penulis buku Rahsia Student Power di mana saya kongsikan hasil penyelidikan dan pengalaman untuk menjadi seorang student yang score dalam peperiksaan. Anda boleh muat turun buku Rahsia Student Power di sini. Hubungi saya di 01117676955 untuk maklumat lanjut berkaitan Ceramah Rahsia Student Power.
Amirul Ramli
-Kedamaian Hidup Kesejahteraan Mental-
Penceramah Teknik Belajar Skor SPM
7 Januari 2024, Ahad (10.50 Pagi)