Sanggup Habiskan Duit Dengar Ceramah, Seminar, Bengkel Sifu
Semak kredibiliti sifu yang anda berminat untuk belajar
Sanggup Habiskan Duit Dengar Ceramah, Seminar, Bengkel Sifu
Semak kredibiliti sifu yang anda berminat untuk belajar
Lambakan sifu di sosial media
Saya memang suka memerhatikan, membaca dan menilai sesuatu. Lebih-lebih lagi bila menonton iklan di media sosial yang banyak muncul. Bayangkan buat iklan untuk ajar pemasaran media sosial, tapi bila kita klik dan pergi ke laman media sosial mereka follower pun sikit! Haha. Ada yang promot ajar buat video, buat content, tarik pelanggan tapi likes, komen malah view mereka pun sedikit. Aiyoo..
Tapi sebab apa ada yang terpengaruh
Pernah sekali saya hadir ke ceramah pengurusan kewangan. Kawan saya pelawa untuk sertai sekali. Pada mulanya saya agak ragu sebab mana mungkin ada ceramah pengurusan kewangan percuma. Mustahil! Sentiasa ada sesuatu yang hendak mereka jual. Bila pergi memang lah cerita tentang wang. Tapi nak dapat wang itu kena join MLM mereka!
Kalau kita tengok memang banyak bengkel, ceramah, seminar yang dibuat oleh sifu-sifu dalam pelbagai bidang. Saya sendiri pernah beli modul online, kunci kejayaan hidup, pelbagai jenis produk digital dengan janji akan merubah hidup kita. Seminar yang meyakinkan kita kalau sertai bisnes akan meletup, jualan sehingga berjuta! Dasyat!
Ada yang betul, ada yang...
Saya tak nafikan, ada sifu yang memang hebat dan banyak kita boleh belajar daripadanya. Cuma kalau anda pernah terbaca tentang nisbah 1 /10 yang mengatakan daripada 10 orang yang beri anda nasihat, hanya pilih satu. Bermaksud anda perlu lebih berhati-hati, selidik terlebih dahulu latar belakang, review peserta, malah kita sendiri boleh lihat sifu tersebut berjaya atau tidak dalam bidang mereka sendiri.
Sifu content creator sebagai contoh, ajar buat video facebook, namun view facebook sendiri view setakat 135 sedangkan follower seramai 80k. (Boleh jadi beli follower). Ada perkara yang boleh kita lihat terus aplikasinya, contoh rahsia viral tiktok, anda sendiri boleh lihat video sifu tersebut. Himpunkan beberapa videonya yang viral, analisis, tiru dan hasilkan dengan pendekatan sendiri. Simple!
Tapi ada juga yang kita tak boleh nampak dari luar seperti cara setup buat iklan media sosial. Tapi saya yakin 100% pasti ada tutorial di youtube. Namun nak mudah sememangnya keluarkan modal dan terus berguru dengan yang pakar. Namun jika baru bermula dan tidak ada apa yang hendak dikejar, luangkan masa untuk cari maklumat yang sangat banyak secara percuma. Saya sendiri tak pernah keluar duit belajar edit video. Belajar dari youtube sahaja. Tapi sampai tahap buat video untuk Tuan Yang Terutama Melaka (Kalau negeri lain, sultan dah!)
Hikmah keluarkan duit ikuti bengkel, seminar, ceramah, beli produk digital
Bila anda keluarkan duit, anda secara automatik akan mengejar pulangan. Bila dah pergi ceramah mentor, sifu bisnes, walaupun pengisiannya benda yang anda dah dengar tetapi sebab dah keluarkan duit (mungkin beribu!) anda tiada pilihan lain melainkan buat buat buat sampai jadi. Dan besar kemungkinan selepas itu memang jadi! Dan bila anda fikir balik kenapa dari awal aku tak buat terus saja? Kenapa sentiasa mencari jalan singkat yang tak pernah anda. Bak kata Hamka, tiada jalan pintas untuk kesuksesan. Harus melalui proses dan kerja keras.
Ingat, sebelum beli atau keluarkan duit kepada sifu-sifu, selidik dahulu latar belakang, boleh tak sekadar tiru sahaja apa yang dia buat. Jika tak boleh, cari review, cari respon, baca secara teliti faedah, berbaloi atau tidak. Jangan jadi seperti saya pernah habiskan duit ke atas program yang akhirnya tak memberikan hasil. Waktu tu nak makan pun tak ada duit (Maklumlah nak sangat jadi jutawan! Haha)
Amirul Ramli
(Penceramah Pengurusan Stress dan Kesihatan Mental)
28 Disember 2023, Khamis (10.00 Pagi)