Sudah Lama Tidak Menulis, Rasa Macam Rindu Pula
Lebih 15 tahun lepas saya aktif menulis dalam blog pelbagai jenis artikel
Sudah Lama Tidak Menulis, Rasa Macam Rindu Pula
Lebih 15 tahun lepas saya aktif menulis dalam blog pelbagai jenis artikel
Kisah saya mula-mula menulis blog
Saya ingat lagi masa mula-mula menulis dalam laman sesawang ni waktu zaman Blogspot popular dulu. Mungkin dalam tahun 2008 macam itu saya ada first blog. Blogspot ni dulu dibeli oleh Google pada tahun 2003 tapi sekarang dah digelar Blogger. Walaupun ianya masih wujud tapi majoriti dah tak gunakannya. Sesiapa yang minat blogging biasanya akan gunakan wordpress sebab lebih cantik dan ada pelbagai features.
Macam tulisan yang anda sedang baca ini saya gunakan Google Site. Memang tak friendly pun untuk update artikel dan penulisan dekat sini. Tapi mungkin sebab saya dah tua. (Tua lah sangat, haha) Saya sekadar gunakan apa yang ada asalkan dapat sampaikan apa yang saya rasa nak tulis.
Dulu selalu tulis pasal apa?
Waktu saya mula-mula start menulis dulu biasanya berkaitan dengan pembangunan diri, motivasi, psikologi, kesihatan otak malah apa sahaja yang berkaitan dengan neurologi. Saya memang minat apa-apa berkaitan dengan otak dan psikologi. Ceritanya dalam 15 tahun lepas memang saya bercita-cita untuk jadi seorang pakar motivasi.
Cuma sekarang ini saya tidaklah terlalu minat untuk kongsikan berkaitan motivasi, niche saya dalam ceramah lebih kepada pengurusan stress dan kesihatan mental. Sebab bagi saya motivasi ni kalau pelajar sekolah nak bagi semangat jawab exam sesuai, tetapi bila dah dewasa, bukan motivasi tetapi disiplin dan juga pembangunan diri yang jadi penentu.
Keseronokan dan kenikmatan menulis
Jika anda seorang penulis atau biasa menulis, pastinya boleh bayangkan apa yang saya rasa. Menulis ni seronok, kita mengeluarkan apa yang terfikir dan melintas dalam kepala kita dan dimasukkan ke dalam skrin komputer. Sejak Tiktok jadi medium penyampai yang popular, memang orang pun dah malas nak membaca. Saya sendiri lebih banyak scroll video berbanding meluangkan masa membaca laman sesawang.
Dalam beberapa hari kebelakangan ini, saya rasa macam hendak buat sesuatu. Rasa macam kosong dan tidak ada pengisian hidup, atau aktiviti yang puas bila buat. Dan tadi terus saya terfikir, apa kata aku update, start tulis semula blog. Sebab keseronokan dan feeling bila menulis dulu tu saya masih ingat lagi dan mula terasa sekarang bila saya kembali menulis.
Ada ke orang baca apa yang kita tulis?
Besar kemungkinan tak ada. Jika anda sedang baca apa yang saya tulis ini, anda sudah tentunya insan yang luar biasa sebab tak sama dengan orang lain. Anda jenis mencari sesuatu. Mungkin anda perlukan motivasi, atau semangat, atau sesuatu yang dapat bantu anda untuk bangunkan diri. Dan saya doakan anda istiqamah mencari, kekalkan usaha untuk tingkatkan kecemerlangan diri.
Saya akan tulis artikel berkaitan pembangunan diri, psikologi, kajian otak dan lain-lain di dalam laman sesawang ini. Cuma saya sendiri tak janji, maklumlah bila dah bekeluarga, sibuk mencari wang (Ahh ini semua alasan. Haha) Kalau ada masa terluang saya akan update artikel dalam ini. InsyaAllah doakan saya. Jumpa lagi!
Amirul Ramli
24 Disember 2023, Ahad (6.44 Petang)