Kota Bharu, 18 Mei – Sahabat-sahabat, dengan penuh kesayuan dan kehibaan, kita dimaklumkan bahawa sahabat seperjuangan kita di Kuwait suatu ketika dahulu, Ustaz Mohd. Nadzmi bin Che Mat (Kuwait 1983), telah dijemput menghadap Ilahi.
Marilah kita sama-sama mendoakan Al-Marhum.
----------
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لأخينا الأستاذ محمد نظمي بن چيء مت، ( رَحِمَه اللهُ ) وَارْفَعْ دَرَجَتَه في المَهْدِيِّيْنَ ، وَاخْلُفْه فِي عَقِبِه فِي الغابِرِيْنَ ، وَاغْفِرْ لَنَا وَلَه يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ ، وَافْسَحْ لَه فِي قَبْرِهِ وَنَوِّرْ لَه فِيْهِ.
Ya Allah ampunkanlah ke atas Saudara Kami, Ustadz Mohd. Nadzmi Bin Che’ Mat (Rahimahullah), tinggikanlah derajatnya di kalangan mereka yang diberi petunjuk dan peliharalah (sebagai penggantinya) zuriat-zuriatnya dari mereka yang ditinggalkan, ampunilah kami dan dirinya Wahai Tuhan pentadbir seluruh Alam, luaskanlah kuburnya baginya dan terangilah beliau dengan cahaya di dalamnya.
إِنَّا ِللهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ راجِعُوْنَ
رَحِمَهُ اللهُ رَحْمَةَ الأَبْرارِ وَأَسْكَنَهُ فَسِيْحَ الجِنانِ ، إِنَّ ِللهِ مَا أَخَذَ وَلَهُ مَا أَعْطَى وَكُلُّ شَيْءٍ بِأَجَلٍ مُسَمَّى ، فَلْتَصْبِرْ وَلْتَحْتَسِبْ.
Allah merahmati bersama rahmat orang-orang yang baik dan menempatkannya di dalam taman-taman yang luas. Sesungguhnya apa yang diambil merupakan milik Allah dan apa yang diberikan juga adalah milik Allah. Setiap sesuatu itu ada tempoh yang ditetapkan di sisiNya. Bersabarlah dan pohonlah ganjaran atas kesabaran dan musibah tersebut.
----------
Salam Takziah dari keluarga besar Alumni Kuwait Malaysia buat seluruh dan segenap Keluarga Al-Akh Al-Hajj Al-Ustadz Mohd Nadzmi (Rahimahullah).