Malaysia, 10 Mei – Alhamdulillah saudara kita Munzir bin Yusoff (Kuwait 1993) telah mendapat panggilan Haji bagi tahun ini.
Berikut ucapan beliau di group IMPEMAS jam 7 petang pada Ahad 10 Mei 2026:
Assalamualaikum w.b.t.,
Alhamdulillah. Dengan penuh rasa syukur, saya Munzir dan isteri akan berangkat menunaikan ibadah haji pada jam 2 pagi 11-May insya-Allah.
Kami dengan rendah hati memohon doa daripada sahabat semua agar perjalanan ibadah ini dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan jiwa serta dianugerahkan haji yang mabrur.
Sebelum melangkah ke Tanah Suci, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap, keterlanjuran kata, kekurangan sepanjang perkenalan serta halalkan semua makan dan minum kami.
Sekiranya ada doa yang ingin dititipkan, insya-Allah kami akan cuba sampaikan di sana.
Semoga setiap doa kembali kepada kalian semua dengan rahmat dan kebaikan yang berlipat ganda.
Terima kasih semua.
Munzir & Ida
Semoga