Kota Bharu, 9 Mei – Alhamdulillah, satu sesi ziarah mahabbah telah diadakan bagi menziarahi Ustaz Mohd Nadzmi bin Che Mat (Kuwait tahun 1983) yang kini sedang menjalani rawatan serta dalam pemantauan kesihatan (Intensive Care Unit) di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.
Ketika lawatan di ICU hospital, jururawat menyatakan keadaan beliau lebih baik dari hari-hari sebelumya, Alhamdulillah.
Delegasi yang hadir turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda sokongan, ukhuwah dan keprihatinan daripada sahabat-sahabat serta komuniti Alumni Kuwait.
YDP AKM Dr Suhaimi melahirkan rasa terima kasih kepada semua yang menyumbang dan terutamanya Setiausaha AKM Ustaz Shahril yang menguruskan, di samping AJK AKM atas arrangement yang baik, di samping mengucapkan terima kasih tidak terhingga buat Ustaz Bakri yang membantu beliau sepanjang di sana:
Barakallahu fikum jamii’an.. syukran Ukhwah wa akhawat semua.. semoga Allah limpahkn rahmat dan rezeki pd semua.. semoga Allah kurniakan kesihatan pd kita semua dan lindungi kita dari segala musibah…
inshAllah nanti Ust Shahril akan sampaikan sumbgn ni pd ahli keluarga akh Nadzmi esok
Sama2 kita doakn yg terbaek buat akh Nadzmi dan permudahkan urusan keluarganya
(9pm, Jumaat 8 Mei 2026)
Semoga ziarah ini dapat memberi semangat dan kekuatan buat Ustaz Nadzmi serta keluarga dalam menghadapi ujian besar ini. Sama-samalah kita mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan yang sempurna, dipermudahkan segala urusan beliau dan keluarga, serta sentiasa berada dalam rahmat serta perlindungan Allah SWT.
شَفَاكَ اللهُ شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمًا
#ZiarahMahabbah
#PrihatinUmmah
#AlumniKuwaitMalaysia
#SumbanganIkhlas
#DoaBuatUstazNadzmi
#UjianUntukSemua
Dr Suhaimi, Ustaz Bakri dan Ustaz Shahril menyampaikan kutipan sumbangan alumni berjumlah RM1900 kepada isteri dan ahli keluarga Ustaz Nadzmi
Dr Suhaimi Mohd Yusof & Ustaz Mohd Bakri dalam perjalanan pulang dari hospital
Wakil Alumni Kuwait (dari kiri): Dr Suhaimi Mohd Yusof, Ustaz Mohd Bakri bin Mohd Nor dan Ustaz Mohd Shahril bin Mat Rani