Al Faruq Academy Training & Consultancy telah memulakan latihannya secara aktif pada Januari 2013. Kami aktif mengendalikan latihan yang praktikal, engaging, energetik, dan bermakna untuk sektor korporat, universiti dan pasaran sekolah.
Latihan kami lebih dikenali dengan pelbagai kemahiran dan teknik yang membantu ramai peserta Al Faruq di dalam menyelesaikan isu isu penting dalam kehidupan mereka.
Fokus utama diberikan kepada menjawab persoalan ‘bagaimana?’(teknik / kemahiran / solusi) setelah mengetahui ‘kenapa?’ (asbab / faktor).
Kami sangat percaya bahawa terdapat banyak pilihan untuk menyelesaikan masalah dan kami seringkali akan memberikan kaedah dan teknik di luar jangka untuk sama-sama dipelajari dan diaplikasikan.
Kami memperkayakan semua modul kami dengan formula Neuro Linguistik Programming, Gamification, Formula P+IES dan Accelerated Learning. Kajian berterusan dilakukan oleh team pengkaji dan pembangun modul kami untuk memastikan semua modul kami sentiasa relevan dengan kehendak klien dan industri.
Misi kami ialah untuk membantu manusia menguruskan kehidupan dan membangunkan nilai dalam diri masing masing, selain menambahbaik skil kepimpinan dan kerja berpasukan, hubungan kemanusiaan, pengurusan sabr, kreatif-inovatif, dan komunikasi.
Semua ini di dalam satu modul hebat dikenali Al Faruq Lifelong Learning Model!