#bimbingaji*
Al-Baghdadi Learning Centre (ALC)
& Nadi Al-Baghdadi Centre (NAC)
Taman Kosas, Ampang, Selangor
Taman Kosas, Ampang, Selangor
Al-Baghdadi memperkenalkan teknik pembelajaran Al-Quran yang kreatif. Ini sangat berguna bagi generasi kini yang semakin ramai tidak dapat menguasai asas pembecaan Al-Quran, bahkan tidak minat untuk belajar Al-Quran.
Justeru Al-Baghdadi menggunakan pendekatan pembelajaran bahasa global (SAS) dalam modulnya, menggunakan bahan bantu belajar (alat ketuk) & menggunakan pendekatan Neurofisiologi dalam pembelajaran hafazan Al Quran.
Program pembelajaran Al-Quran Al-Baghdadi meliputi pelbagai peringkat usia. Program ini disusun sebegitu rupa bagi memastikan hanya teknik pembelajaran Al-Quran yang digunakan mengikut peringkat usia.
Ia meliputi kekerapan waktu belajar, tempoh & suasana pembelajaran yang kondusif. Pembelajaran Al Quran diperkenalkan kepada golongan ibu mengandung, kanak-kanak taska, kanak-kanak tadika, remaja & dewasa.
Sehingga tahun 2016, Al-Baghdadi telah memperolehi 4 pengiktirafan dari The Malaysian Book Of Records. Pengiktirafan ini membuktikan bahawa Al-Baghdadi merupakan satu jenama pendidikan Al Quran yang boleh dipercayai dengan kesungguhan & komitmennya menghasilkan program-program baru pendidikan Al Quran yang sesuai & diterima masyarakat.
Al-Baghdadi Learning Centre (ALC) adalah merupakan pusat pembelajaran yang menawarkan pendidikan pembacaan Al-Quran untuk semua peringkat umur. Kaedah pendidikan yang diaplikasikan adalah sangat sistematik, mudah, menarik dan terbukti berkesan. Kaedah pendidikan ini lebih dikenali sebagai Teknik Al-Baghdadi.
Program NADi Hafazan atau Nadi Al Baghdadi adalah merupakan program hafazan Al-Quran menggunakan Pendekatan Al Baghdadi yang sistematik, mudah dan menyeronokkan. Program Nadi Al-Baghdadi ini boleh disertai oleh semua peringkat umur yang telah mahir pembacaan Al-Quran dari golongan dewasa atau kanak-kanak.
*kelas BIMBIngan meNGAJI Al-Quran