22/5/2023 (Isnin),
SEJARAH TERCIPTA
Buat pertama kalinya telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Induk AMOTeX Bil. 1/2023 di Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (CPPPP), KKM yang telah dipengerusikan oleh YBhg Dr. Mohamed Iqbal bin Hamzah, Pengarah Bahagian Amalan Perubatan, KKM selaku Pengerusi Jawatankuasa AMOTeX dan dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa dan sekretariat AMOTeX.
Pada mesyuarat ini pengerusi mengambil kesempatan memohon agar inisiatif ini dimanfaat sepenuhnya oleh PPP yang layak untuk didaftarkan kerana impaknya amatlah besar terutama sekali kepada profesion, perkhidmatan kesihatan negara dan juga kepada pesakit. Di samping itu juga, pembentangan dan semakan terperinci dokumen bagi 5 bidang telah dilakukan bagi meneliti kesemua 529 permohonan yang diterima oleh Sekretariat AMOTeX sebelum ianya diangkat dalam mesyuarat Lembaga Pembantu Perubatan bagi tujuan kelulusan.
Sehubungan itu juga beberapa perkara berkaitan pendaftaran ini telah diputuskan oleh jawatankuasa bagi memastikan pendaftaran ini berjalan lancar dan selari dengan Pelan Pembangunan Profesion Penolong Pegawai Perubatan (6P).
Pihak Jawatankuasa sekali lagi menyeru kepada semua PPP yang belum memohon untuk didaftarkan sebagai seorang PPP AMOTeX mengambil peluang ini untuk kekal dibidang pengkhususan masing-masing pada masa akan datang. Bagi tujuan permohonan pendaftaran berjalan lancar sila rujuk garis panduan AMOTeX berikut https://www.moh.gov.my/.../Garis_Panduan_Assistant...
Sekian
Sekretariat Lembaga Pembantu Perubatan
CPPPP, KKM