Mesyuarat Lembaga Pembantu Perubatan (LPP) Ke 73

Mesyuarat Lembaga Pembantu Perubatan (LPP) Ke 73 telah dijalankan bertempat di Bilik Gerakan Aras 4, Blok E7, Kompleks E, KKM, Putrajaya. 

Mesyuarat telah di pengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan sebagai Yang Dipertua Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia dan YBrs. En. Zulhelmi Bin Abdullah, Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia sebagai Setiausaha Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.

Antara agenda mesyuarat LPP adalah bagi membincangkan pembangunan profesyen dan menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan Akta 180, Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977 dan Peraturan-Peraturan Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1979. 

Pada mesyuarat kali ini  Pengerusi dan ahli mesyuarat telah merujuk Seksyen 14. (1) iaitu Lembaga boleh memotong daripada daftar nama seseorang yang: 

Mesyuarat LPP Ke 73 telah memperakui dan mengambil keputusan untuk melaksanakan aktiviti pemotongan nama dari daftar Pembantu Perubatan merujuk kepada pematuhan akta dan peraturan. Berikutan itu, seramai 28 orang Pembantu Perubatan berdaftar telah dipotong nama seperti dibawah.

Mesyuarat Jawatankuasa Revision Of Standard Practice Guidelines (SPG) Orthopeadic 2nd Edition bagi Penolong Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia bersama Ketua Perkhidmatan Orthopaedic Kebangsaan.

Mesyuarat Pembentangan kali pertama bagi Standard Practice Guidelines Orthopedic 2nd Edition telah diadakan pada 22-25 Ogos 2022 (Isnin - Khamis) bertempat di Megaview Hotel Kuantan.

Bengkel Projek Rintis Wilayah Tengah dan Penubuhan Institut Kebangsaan Rawatan Pra Hospital dan Perubatan Bencana Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pada 23-25 Ogos 2022, Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (C4P KKM) telah turut terlibat di dalam bengkel anjuran Bahagian Perkembangan Perubatan KKM ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Dasar dan Perancangan KKM Bil.2/2021 telah memutuskan untuk menambahbaik perkhidmatan Rawatan Pra Hospital dan Ambulans (PRPA) melalui pengurusan PRPA secara bersepadu dengan menubuhkan Institut Kebangsaan Rawatan Pra Hospital dan Perubatan Bencana.

Mesyuarat Halatuju dan Pemantapan Kepakaran dan Sub Kepakaran Perkhidmatan Perubatan KKM

Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (CPPPP) yg merupakan pengawal bagi Perkhidmatan PPP telah dijemput sebagai panel pada sesi town hall yang bertempat di Movenpick Hotel, Sepang, Selangor. CPPPP diwakili oleh Tn Hj Mahadir Yunos, Timbalan Ketua PPP Malaysia.

Mesyuarat ini antara lain menghimpunkan para pakar dari pelbagai bidang (Perubatan) bagi merangka strategi perkembangan perkhidmatan. Ini termasuk latihan, skop tugas dan keperluan sumber manusia yang juga merangkumi penglibatan PPP di bidang-bidang pengkhususan.

Mesyuarat Ketua Program & Setiausaha Peperiksaan Program Diploma. Pembantu Perubatan/Diploma Sains Perubatan & Kesihatan Bersama Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia (KPPM) 

Sektor Pembangunan Profesion, Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (CPPPP) telah mengadakan Mesyuarat Ketua Program &  Setiausaha Peperiksaan Diploma Pembantu Perubatan / Diploma Sains Perubatan &  Kesihatan Bersama Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia pada hari ini 11 Ogos 2022 bertempat di Aras 2 Bilik Mesyuarat Utama NCD Blok E3 Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mesyuarat diadakan bagi membincangkan isu-isu berkaitan program Diploma melibatkan semua ILKKM  dan IPTS  dan telah dipengerusikan oleh Ybrs En Zulhelmi bin Abdullah yang juga merupakan Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia. Turut hadir bersama Dr Som Phom a/l Chit (Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Pengurusan Latihan KKM), Tn Hj Mahadir bin Yunus (TKPPPM),  En Alias bin Abu Hassan (Ketua Sektor Dasar &  Strategik) En Zulfikar bin Mohamed Khawari (Ketua Sektor Pembangunan Profesion) CPPPP,  En Zulkifli bin Muhammad (Ketua Unit Peperiksaan CPPPP), En Khairul Hafiz bin Abdul Manan (Ketua Unit Latihan, Akreditasi& Fasiliti CPPPP), En Razieeyllah bin Ramli dan En Ahmad Shariff bin Abdul Talib selaku urusetia mesyuarat. 

Aspek pendidikan menjadi fokus utama dan bertujuan untuk mempertingkatkan Penolong Pegawai Perubatan ke arah pemikiran aras tinggi dan kemahiran yang terkini seiring dengan perkembangan teknologi kesihatan di Malaysia khususnya. Malah meneliti Pelan Pembangunan Profesion Penolong Pegawai Perubatan (6P), Teras 1 merupakan Pembangunan Pendidikan

Sesi Perbincangan Peranan Ketua Penyelia Hospital (KPH) Sebagai Fire Safety Officer (FSO)

Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (CPPPP), Kementerian Kesihatan Malaysia bersama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor telah mengadakan sesi perbincangan tersebut di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu pada 8 ogos 2022 dan di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai.

Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan, Lembaga Pembantu Perubatan Bil 1/2022

Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (CPPPP) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan, Lembaga Pembantu Perubatan Bil 1/2022 pada hari ini 8 Ogos 2022 bertempat di Aras 6 Bilik Mesyuarat Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan. 

Jawatankuasa Pendidikan, Lembaga Pembantu Perubatan telah ditubuhkan dibawah bidangkuasa Jawatankuasa Lembaga Pembantu Perubatan (Pendaftaran 1979). Jawatankuasa ini bertindak  sebagai platform untuk membincangkan serta memberikan pandangan secara ilmiah terhadap isu-isu dan perkembangan pendidikan berkaitan profesion Penolong Pegawai Perubatan serta mengesyorkannya ke Mesyuarat Lembaga Pembantu Perubatan.

Mesyuarat Jawatankuasa Pembentangan Standard Practices Guidelines (SPG) Ophthalmology bagi Penolong Pegawai Perubatan (PPP) Kementerian Kesihatan Malaysia bersama Ketua Perkhidmatan Oftalmologi Kebangsaan

Satu Mesyuarat Jawatankuasa Pembentangan SPG Ophthalmology telah diadakan di Taiping Perdana Hotel. Mesyuarat Pembentangan ini berlangsung Selama  4 hari 3 malam bermula Dari 2 Ogos Dan berakhir pada 5 Ogos 2022 ( Selasa - Jumaat)

Mesyuarat pada kali ini dipengerusikan oleh YGBhg Datuk Dr Hjh Fariza Binti Ngah Ketua Perkhidmatan Oftalmologi Kebangsaan Dan juga merupakan Ketua Jabatan & Pakar Perunding Kanan Jabatan Oftalmologi Hospital Shah Alam. Mesyuarat pada kali ini turut dihadiri oleh 3 orang panel yang lain iaitu YBhg To' Puan Dr Hjh Maizan Bt Yaakub Ketua Jabatan & Pakar Perunding Jabatan Oftalmologi Hospital Sultanah Nur Zahirah, YBrs Dr Adzreen Rizal Bin Anuar Ketua Jabatan Oftalmologi Hospital Sultanah Bahiyah Dan YBrs Dr Mohd Aziz bin Husni Pakar Perunding Oftalmologi Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Kursus 'Refresher First Responder Emergency Medical Rescue Services' (EMRS) SIRI 1/2022

23-28 Julai 2022 - Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (CPPPP) sebagai sakretariat bagi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melatih anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di dalam perkhidmatan EMRS, telah berkerjasama dengan Bahagian Latihan JBPM menganjurkan satu kursus 'refresher' untuk petugas-petugas EMRS sedia ada. 

Seramai 2 orang Pakar Perubatan Kecemasan dan 8 orang Penolong Pegawai Perubatan terlibat sebagai tenaga pengajar dalam kursus selama 6 hari ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penolong Pegawai Perubatan Bagi Disiplin Di Program Kesihatan Awam Bil 1/2022

Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (CPPPP) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penolong Pegawai Perubatan bagi Disiplin di Program Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia pada hari ini bertempat di Pejabat Kesihatan Daerah Larut, Matang & Selama, Taiping, Perak.

Mesyuarat Teknikal yang julung kali diadakan bagi Program Kesihatan Awam itu telah dipengerusikan oleh En. Zulhelmi bin Abdullah, Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia dan dihadiri oleh Penolong Pegawai Perubatan yang berkhidmat atau berpengalaman berkhidmat di dalam Program Kesihatan Awam. Turut hadir En Alias bin Abu Hassan, Ketua Sektor Dasar & Perancangan Strategi, CPPPP. 

Jawatankuasa Teknikal ditubuhkan daripada mandat CPPPP, Kementerian Kesihatan Malaysia bertujuan untuk menyelaras aktiviti pembangunan dan perkembangan profesion PPP di Program Kesihatan Awam.