AI GLOBAL VENTURES ialah sebuah syarikat kontraktor yang sah berdaftar dengan badan-badan kerajaan seperti Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Sijil Taraf Bumiputera (STB), Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Syarikat ini mula beroperasi Disember 2018 dan mempunyai ekuiti bumiputera 100%.
Syarikat AI GLOBAL VENTURES ditubuhkan bagi menceburi industri pembinaan dan fokus utama adalah untuk menumpukan dalam bidang kejuruteraan awam dan kerja-kerja bangunan. Seiring dengan zaman yang semakin maju, syarikat mengambil inisiatif untuk mengorak langkah ke depan dengan menawarkan perkhidmatan lain selain dari kerja kejuruteraan antaranya perkhidmatan pembersihan bangunan dan kawasan, landskap, hiasan dalaman serta perkhidmatan dobi.
Walaupon masih baru bertapak dalam bidang binaan ini, kami percaya dengan prinsip ‘’Kualiti Kerja Tonggak Kejayaan’’, syarikat ini mampu bergerak maju seiring dengan syarikat-syarikat kontraktor yang lain.
No 30, Jalan Kekwa 11/3, Taman Guru, Jalan Paroi-Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan