Apakah yang dimaksudkan dengan Aset Alih?
Aset Alih bermaksud aset atau peralatan yang boleh dipindahkan atau dialihkan dari satu tempat ke tempat lain secara mudah termasuk aset yang dibekalkan bersekali dengan penyediaan bangunan atau infrastruktur lain.
Apakah perbezaan antara Harta Tetap dan Inventori?
Harta Tetap:
Aset Alih yang harga perolehan asalnya minimum RM 3,000.00 setiap unit dan mempunyai jangka hayat melebihi 4 tahun.
Inventori:
Aset Alih yang harga perolehan asalnya minimum RM500.00 dan maksimum RM2,999.99 setiap unit dan mempunyai jangka hayat melebihi 1 tahun.
Semua jenis perabot dengan perolehan asalnya minimum RM500.00.
Siapakah yang melantik Pegawai Penerima Aset Alih?
Ketua Jabatan hendaklah melantik Pegawai Penerima yang bertanggungjawab untuk menerima dan memeriksa aset alih yang diterima. Bagi aset teknikal, Pegawai Penerima yang dilantik hendaklah memiliki kepakaran dalam bidang berkaitan.
Adakah setiap penerimaan Aset Alih perlu disahkan?
Ya. Pengesahan penerimaan hanya boleh dilakukan oleh Pegawai Penerima selepas pemeriksaan dilaksanakan melalui Borang Penerimaan Aset Alih (KEW.PA-1A) di sistem.
Adakah Borang Penolakan Aset Alih (KEW.PA-1) disediakan bagi semua penerimaan?
Tidak. KEW.PA-1 hanya disediakan oleh Pegawai Penerima sekiranya terdapat kerosakan, kuantiti kurang atau lebih dan tidak mematuhi spesifikasi pada aset yang diterima.
Apakah tindakan Pegawai Penerima setelah KEW.PA-1 diperakukan?
KEW.PA-1 yang telah ditandatangani oleh Pegawai Penerima hendaklah dihantar dengan serta merta kepada agen penghantaran, syarikat pembekal atau pihak berkaitan.
Adakah aset lama yang baru ditemui dan tidak mempunyai punca maklumat perlu didaftarkan?
Semua aset hendaklah didaftarkan. PTJ hendaklah membuat anggaran harga dan maklumat-maklumat lain berdasarkan fizikal aset berkenaan sekiranya tidak mempunyai punca maklumat.
Adakah semua aset alih perlu dilabelkan?
Ya, semua aset hendaklah diberi tanda pengenalan dengan cara melabelkan pelekat barkod yang disediakan oleh Unit Aset, Jabatan Bendahari.
Adakah pergerakan aset alih direkodkan?
Ya , semua pergerakan aset perlu direkodkan. Sekiranya pergerakan aset melibatkan perubahan penjaga atau lokasi hendaklah menggunakan sub modul pergerakan aset di dalam sistem.
Manakala bagi pergerakan sementara seperti peminjaman hendaklah menggunakan Borang Penyerahan Pinjaman Peralatan (KEW.PA-9) dan Daftar Pergerakan Harta Tetap dan Inventori (KEW.PA-6)
Apakah tujuan pemeriksaan aset alih dilaksanakan?
Memastikan setiap rekod aset dikemaskini.
Mengetahui keadaan fizikal aset.
Memastikan setiap aset berada di lokasi seperti yang telah didaftarkan.
Memastikan setiap pegawai bertanggungjawab sepenuhnya bagi aset yang dipertanggungjawabkan keatasnya
Adakah dibolehkan sekiranya Sijil Tahunan Pemeriksaan Aset Alih ditandatangani oleh Pegawai Aset?
Tidak. Sijil Tahunan Pemeriksaan Aset Alih hendaklah ditandatangani oleh Ketua PTJ dan bukannya Pegawai Aset.
Apakah tindakan yang perlu dilakukan selepas pemeriksaan tahunan aset dibuat?
Pegawai Aset hendaklah mengambil tindakan ke atas dapatan yang diperolehi. Antara dapatan dan tindakan yang perlu diambil adalah:
Sekiranya terdapat perubahan lokasi dan penjaga, Pegawai Aset hendaklah membuat pergerakan aset di sistem.
Sekiranya terdapat aset yang telah usang, Pegawai Aset hendaklah memohon lupus.
Sekiranya terdapat aset yang telah rosak, Pegawai Aset hendaklah membuat penyelenggaraan.
Sekiranya terdapat aset yang telah hilang, Pegawai Aset hendaklah membuat aduan kehilangan dengan segera.
Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya terdapat aset alih yang telah usang dan hendak dilupuskan?
Menyediakan Permohonan Pelupusan Harta (KEW.PA-17)
Menghantar permohonan bersama-sama Daftar Aset Alih ke Unit Aset, Jabatan Bendahari
Adakah Pegawai Aset PTJ perlu mengemaskini rekod aset selepas proses lupus dilaksanakan?
Tidak. Rekod aset hanya akan dikemaskini oleh staf Unit Aset, Jabatan Bendahari dan Sijil Pelupusan Harta Tetap dan Inventori (KEW.PA-19) akan diserahkan kepada PTJ untuk disimpan sebagai bukti pelupusan telah dilaksanakan.
Dibenarkan dengan syarat mendapat kelulusan dari Ketua PTJ dan persetujuan PTJ yang menerima.
Mendapatkan kelulusan Ketua PTJ dan persetujuan terima dari PTJ.
Melengkapkan Borang Permohonan Pindahan Aset Alih (KEW.PA-17A).
Membuat salinan Daftar Aset Alih (KEW.PA-2/3).
Hantar borang dan salinan daftar kepada Unit Aset, Jabatan Bendahari.
Apakah tindakan yang perlu diambil ketika terdapat aset universiti yang hilang?
Melaporkan kehilangan dalam tempoh 24 jam kepada
Ketua PTJ
Bahagian Keselamatan
Polis
Ketua PTJ menyediakan Laporan Awal Kehilangan (KEW.PA-28)
Menghantar KEW.PA-28 bersama laporan polis dan Daftar Aset Alih ke Unit Aset, Jabatan Bendahari.
Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya terdapat kecuaian dalam kes kehilangan aset?
Sekiranya terdapat kecuaian staf dalam kes kehilangan, staf akan diminta untuk membuat gantian setara dalam bentuk gantian aset yang sama ataupun gantian dalam bentuk wang yang setaraf dengan nilai aset tersebut.
Sekranya staf enggan berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan, kes akan dibawa ke JK Surcaj untuk tindakan selanjutnya.