CITRA KARISMA UTM 2025
PENGENALAN
Anugerah Seni dan Kreativiti telah diperkenalkan sejak tahun 2013. Anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada staf akademik dan staf Pengurusan, Profesional dan Pelaksana (PPP) yang berbakat dalam bidang :
Seni persembahan
Seni Bina
Seni Visual
Seni Skrin
Seni Kraf
Penulisan Kreatif
PERINCIAN BIDANG
Teater Moden dan Tradisional:
Pengarah
Pelakon
Sinografi (Tari dan drama) – Pencahayaan, latar hias, reka pentas, busana, kesan bunyi, dan solekan
Pembentukan teori dan kokurikulum
Tari:
Pereka tari (koreografer)
Penari (mode, klasikal dan tradisional)
Pembentukan teori dan kokurikulum
Muzik:
Komposisi lagu / komposisi lirik
Gubahan skor / penataan muzik (filem, tari, teater & iklan)
Kepemimpinan orchestra /koral
Pembentukan teori dan kurikulum baru
Pereka dan pembuat alat:
Persembahan artis “virtuoso”
Penyanyi moden, klasikal dan tradisional
Tema muzik yang berkenaan:
Komposisi lagu:
Muzik Popular
Muzik Filem – muzik tema, muzik latar, lagu nyanyian
Muzik Eksperimental
Muzik Seni (art music)
Muzik Tradisional
Muzik Tarian
Muzik Iklan
Muzik Animasi
Gubahan Skor:
Termasuk semua kategori komposisi dalam pelbagai ensembel dan media
Kepemimpinan Orkesta / Koral (Konduktor):
Pementasan tahap nasional dan antarabangsa
Pereka dan Pembuat Alat:
Hasil seni tradisional dan moden
Pembentukan Teori dan Kurikulum Baru:
Semua peringkat pengajian
Persembahan Artis ‘Virtuoso’:
Kemahiran profesional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
Reka Bentuk Seni Bina
Komunikasi Visual
Budaya (Pemuliharaan, Sejarah dan Kesenian Seni Bina)
Teknologi Bangunan (Ergonomik, Reka Bentuk Persekitaran, Teknologi Hijau)
Arca
Instalasi (gabungan arca, video, lukisan, bunyi dan/atau montaj)
Animasi
Grafik
Media Baru (multimedia konvensional dan digital)
Catan
Reka Bentuk Produk
Seni Cetak
Fotografi
Pembentukan teori dan kurikulum
Lakon layar
Lakonan
Pengarahan
Penataan Seni
Animasi
Sinematografi
Suntingan
Penataan Bunyi
Pembentukan teori dan kurikulum
Master of Ceremony / Pengacara Majlis (Bagi Kategori Staf PPP Sahaja)
Ukiran
Tekstil
Logam
Anyaman
Tenunan
Tekad
Batik
Sulaman
Seramik
Jewelry
Pembentukan teori & kurikulum
Novel
Puisi
Cerpen
Skrip (drama, TV, filem, iklan)
Pembentukan teori dan kurikulum
KRITERIA DAN SYARAT PERMOHONAN
ASAS:
Anugerah ini terbuka kepada semua staf UTM yang berstatus tetap/sementara/kontrak (lantikan universiti).
Staf telah berkhidmat sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun.
Pemenang anugerah yang lepas hanya boleh memohon/dicalonkan semula selepas 3 tahun.
Bahan-bahan atau dokumen yang dikemukakan oleh calon hendaklah dalam tempoh 3 tahun.
KRITERIA TAMBAHAN:
Aktiviti yang dinyatakan hendaklah dapat memberi impak kepada universiti.
Projek mestilah hasil karya ASLI pemohon sama ada secara individu atau berkumpulan.
Sekiranya projek itu adalah projek bersama atau berkumpulan, senarai nama semua ahli kumpulan yang terlibat hendaklah disenaraikan di dalam borang pencalonan.
Pemohon hendaklah jujur dalam mengemukakan maklumat permohonan. (Perlu menandatangani Aku Janji pada borang)
Permohonan akan ditolak serta merta jika didapati pemohon memberikan maklumat palsu dan sekiranya telah diumumkan sebagai pemenang, Anugerah akan ditarik semula.
KRITERIA PEMARKAHAN
Penilaian utama:
Penglibatan dan impak aktiviti seni mengikut bidang dan peringkat. (50%)
Pengiktirafan khas mengikut peringkat (Pelantikan khas/Jualan Produk Seni/Penasihatan/ Juri/Perunding/Pakar Rujuk dll. (30%)
Anugerah/kemenangan mengikut peringkat. (10%)
Keahlian dalam persatuan/kelab mengikut jawatan dan peringkat. (10%)
Penilaian Bonus:
Aktiviti mempromosikan UTM melalui hasil seni di Medial Sosial mengikut pencapaian. (10%)
Pembentukan teori & kurikulum (sumbangan korpus ilmu, pengaruh dll.) mengikut peringkat. (10%)
Penglibatan dan impak aktiviti seni mengikut bidang dan peringkat. (30%)
Anugerah/ kemenangan mengikut peringkat. (30%)
Keahlian dalam persatuan/ kelab mengikut jawatan dan peringkat. (10%)
Pengiktirafan khas mengikut peringkat (Pelantikan khas/ jualan produk seni/ penasihatan/ Juri/ Perunding/ Pakar rujuk dll. (20%)
Pembentukan teori & kokurikulum (Sumbangan korpus ilmu, pengaruh dll.) mengikut peringkat. (10%)