FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM DAN ALAM BINA
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Adalah menjadi DASAR Universiti Tun Hussein Onn Malaysia untuk menyediakan, setakat yang praktik, persekitaran premis / tempat kerja yang selamat, keadaan yang sihat, selesa serta kebajikan kepada semua pekerja dan pelanggannya.
Untuk melaksanakan DASAR ini dengan jayanya, pihak pengurusan Universiti mempunyai tanggungjawab untuk:
Memastikan persekitaran premis tempat dan sistem kerja adalah selamat dan sihat.
Menyeruakan kemudahan dan kelengkapan yang mencukupi supaya semua tugas dapat dijalankan dengan selamat dan sihat.
Memastikan bahawa semua maklumat, arahan, latihan dan penyediaan untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kesihatan disampaikan kepada semua pekerja dan pelanggan.
Mematuhi setiap perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang ditetapkan di Malaysia.
Dalam melaksanakan DASAR ini, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia percaya bahawa ia akan menjadi kod amalan standard untuk membantu dan mengamalkan budaya kerja yang selamat dan sihat dengan kerjasama semua pihak.