Search this site
Embedded Files
MAHAWANGSA
  • HOME
  • MENGENAI JURNAL
    • Jurnal Pertanika Mahawangsa
    • Sidang Editorial
  • PENGHANTARAN ARTIKEL
  • ARKIB
    • Vol. 12, No. 1, Jun 2025
    • Vol. 11, No. 2, November 2024
    • Vol. 11, No. 1, Jun 2024
    • Vol. 10, No. 2, November 2023
    • Vol. 10, No. 1, Jun 2023
    • Vol. 9, No. 2, November 2022
    • Vol. 9, No. 1, Jun 2022
    • Vol. 8, No. 2, November 2021
    • Vol. 8, No. 1, Jun 2021
  • PENGUMUMAN
  • HUBUNGI KAMI
MAHAWANGSA

Volume 12, Isu 1, Jun 2025

NILAI DAN PENGAJARAN DALAM PEMEROLEHAN BAHASA MURID SLOW LEARNER MELALUI CERITA ‘MAT JENIN’


Siti Noridayu

Universiti Putra Malaysia

Hazlina Abdul Halim

Universiti Putra Malaysia





Kata Kunci: nilai dan pengajaran; pemerolehan bahasa; slow learner

Abstrak

Pemerolehan bahasa penting kepada manusia untuk berkomunikasi dalam kehidupan bermasyarakat. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan dengan tujuan melihat sejuah mana pemerolehan bahasa murid slow learner melalui cerita ‘Mat Jenin’. Kemudian, membincangkan nilai dan pengajaran yang terkandung dalam cerita ‘Mat Jenin’ kepada murid slow learner. Item dalam kajian ini adalah cerita ‘Mat Jenin’ melalui saluran Youtube. Selain itu, kajian ini mengaplikasikan Teori B.F Skinner 1938 dengan menggunakan pengukuhan positif dan negatif terhadap subjek kajian. Hasil kajian memperlihatkan bahawa murid slow learner dapat mengenal pasti nilai dan pengajaran yang terkandung dalam sesebuah cerita melalui tayangan di Youtube. Malah, subjek juga berupaya memahami jalan cerita ‘Mat Jenin’ secara umum. Tambahan lagi, nilai dan pengajaran penting kepada seseorang murid untuk dijadikan tauladan dalam kehidupan. Adalah diharapkan, kajian ini dapat membantu ibu bapa, guru, penyelidik, murid slow learner dan pihak berkepentingan lain dalam membantu meningkatkan pemerolehan bahasa murid slow learner.

Lihat artikel penuh↗️


Terbit: 

2025-06-30 


Nama Isu: 

Vol. 12, No. 1, Jun 2025

Copyright © 2024, FBMK_UPM. All Rights Reserved.  

Report abuse
Page details
Page updated
Report abuse