Search this site
Embedded Files
MAHAWANGSA
  • HOME
  • MENGENAI JURNAL
    • Jurnal Pertanika Mahawangsa
    • Sidang Editorial
  • PENGHANTARAN ARTIKEL
  • ARKIB
    • Vol. 12, No. 1, Jun 2025
    • Vol. 11, No. 2, November 2024
    • Vol. 11, No. 1, Jun 2024
    • Vol. 10, No. 2, November 2023
    • Vol. 10, No. 1, Jun 2023
    • Vol. 9, No. 2, November 2022
    • Vol. 9, No. 1, Jun 2022
    • Vol. 8, No. 2, November 2021
    • Vol. 8, No. 1, Jun 2021
  • PENGUMUMAN
  • HUBUNGI KAMI
MAHAWANGSA

Volume 12, Isu 1, Jun 2025

CIRI-CIRI PSIKOLOGI KANAK-KANAK DAN REMAJA DALAM CERPEN TERPILIH MAJALAH DEWAN PELAJAR 1978 BERDASARKAN TEORI PSIKOLOGI ERIK H. ERIKSON


Baseni Jantra

Universiti Putra Malaysia

Halis Azhan Mohd. Hanafiah

Universiti Putra Malaysia

Arba’ie Sujud

Universiti Putra Malaysia





Kata Kunci: cerpen; kanak-kanak; remaja; psikologi; Erikson

Abstrak

Kajian ini bertujuan memperjelas ciri-ciri psikologi yang terdapat dalam karya  cerpen kanak-kanak dan remaja bersandarkan teori Erik Erikson melalui watak kanak-kanak dan watak remaja dalam majalah Dewan Pelajar keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang diterbitkan pada 1978. Pada 1970-an – 80-an terdapat garis kabur terhadap kedua-dua jalur sastera ini berikutan pertambahan bilangan karya sastera remaja yang masih digolongkan sebagai bahan bacaan kanak-kanak. Bersandarkan Teori Perkembangan Psikososial  oleh Erik Erikson (1902 – 1994) terdapat lapan peringkat perkembangan hayat manusia yang menggabungkan faktor kendiri, emosi, dan sosial. Berkaitan kajian ini, hanya dua peringkat yang digunakan, iaitu peringkat keempat (Ketekunan lawan Rendah Diri) yang berada dalam kedudukan kanak-kanak dan peringkat kelima, peringkat remaja berkaitan (Identiti lawan Kecelaruan Identiti). Kajian ini menggariskan tiga objektif untuk dicapai. Pertama, mengenal pasti watak kanak-kanak dan remaja dalam cerpen yang dikaji. Kedua, membincangkan psikologi watak kanak-kanak dan watak remaja dengan merujuk ciri-ciri kognitif dan emosi yang dibangkitkan dalam cerpen yang dikaji. Ketiga, membandingkan citra cerpen kanak-kanak dan remaja melalui psikologi kanak-kanak dan remaja dalam cerpen yang dikaji dengan berdasarkan teori psikologi Erik H. Erikson. Kajian juga mendapati bahawa terdapat cerpen dengan jelas menceritakan ciri-ciri watak kanak-kanak, dan watak remaja. Berdasarkan penelitian dapat dirumuskan bahawa cerpen kanak-kanak mampu mengangkat citra kanak-kanak melalui penampilannya dari aspek fizikal dan emosi. Bagi cerpen remaja, perkembangan citra remaja diceritakan dari aspek kognitif, emosi dan sikap bertanggungjawab.

Lihat artikel penuh↗️


Terbit: 

2025-06-30 


Nama Isu: 

Vol. 12, No. 1, Jun 2025

Copyright © 2024, FBMK_UPM. All Rights Reserved.  

Report abuse
Page details
Page updated
Report abuse