JABATAN KIMIA
PENGURUSAN MAKMAL
JABATAN KIMIA
PENGURUSAN MAKMAL
Pemeriksaan dan pengujian sistem LEV telah dijalankan di Jabatan Kimia, Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Kimia pada 22 - 23 November 2023 oleh juruteknik higien bertauliah. Pemeriksaan dan pengujian ini melibatkan dua kawasan Jabatan Kimia iaitu di Kompleks Pusat Pengajian Jejawi 3 (Dragon) dan Kampus Alam Uniciti.
Aktiviti ini melibatkan pemeriksaan dan pengujian kebuk wasap di makmal-makmal Jabatan Kimia.
Antara unit-unit kebuk wasap yang terlibat dalam aktiviti ini adalah:
Kompleks Pusat Pengajian Jejawi 3 (Dragon)
FH-009, FH-010 dan FH-017 - Makmal Analitikal
FH-011 dan FH-012 - Makmal Biokimia
FH-018 - Makmal Pengujian
FH-021 - Makmal Penyelidikan Pascasiswazah
Kampus Alam Uniciti
FH-025 - Makmal Am 1
FH-026 - Makmal Am 2