JABATAN KIMIA
PENGURUSAN MAKMAL
JABATAN KIMIA
PENGURUSAN MAKMAL
Pemeriksaan dan pengujian awal sistem pengudaraan ekzos am (GEV) telah dijalankan pada 21 Februari 2024 hingga 8 Mac 2024 di Kompleks Pusat Pengajian Jejawi 3, Dragon. Perlaksanaan pemeriksaan dan pengujian awal ini telah dijadikan salah satu projek pelajar tahun akhir program Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia. Projek ini diwujudkan berdasarkan salah satu penemuan daripada laporan penaksiran risiko bahan kimia kepada kesihatan (CHRA) pada Januari 2023 yang mencadangkan agar sistem ventilasi ekzos am di makmal-makmal yang mengendali bahan kimia dikaji dan diuji. Projek ini akan dijadikan sebagai laporan garis dasar untuk dibawa ke peringkat pengurusan fakulti dan Pusat Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (COSHE) UniMAP.
Pemeriksaan dan pengujian ini melibatkan lima (5) makmal yang mengendalikan bahan kimia iaitu:
Makmal Analitikal
Makmal Biokimia
Makmal Skala
Makmal Penarafan Skala
Bilik Panas
Objektif
1. Melaksanakan pengujian awal sistem ventilasi ekzos am (GEV) di lima (5) makmal yang mengendalikan bahan kimia.
2. Menguji keberkesanan sistem ventilasi ekzos am sama ada memenuhi keperluan minimum perundangan.
3. Sebagai baseline report kepada pihak pengurusan fakulti untuk tindakan susulan.
Peralatan yang digunakan :
1. Hot wire anemometer – mengukur halaju sedutan kipas ekzos.
2. Range finder – mengukur isipadu ruang makmal.
3. Pita pengukur – mengukur dimensi dan diameter kipas ekzos.
4. Smoke machine.
Methodologi
Kaedah yang digunakan adalah seperti yang digariskan dalam Industrial Ventilation – A Manual of Recommended Practice 23rd Edition, 1998 oleh American Conference of Govenmental Industrial Hygienists.