Undi18

This advocacy campaign, powered by Undi18 in collaboration with MARI, focuses on the lowering of the voting age in Malaysia from 21 to 18 years old. Through a series of forums, roundtable discussions, and content published online, Malaysians have understood the background of the Undi18 Bill, why the Government has delayed its implementation and what steps need to be taken to ensure that the voting age is lowered without any further postponement.

Kempen advokasi ini dikuasakan oleh Undi18 dengan kerjasama MARI dan berfokus kepada penurunan had umur mengundi di Malaysia dari 21 ke 18 tahun. Melalui beberapa siri forum, perbincangan meja bulat dan kandungan yang diterbitkan atas talian, rakyat Malaysia telah memahami latar belakang RUU Undi18, mengapa kerajaan menangguhkan pelaksanaanya serta langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan had umur mengundi diturunkan tanpa sebarang penangguhan.

What You Need To Know? | Apa Yang Anda Perlu Tahu?

The Undi18 Bill, passed by Parliament in July 2019, consisted of three parts: lowering the voting age from 21 to 18 years old, lowering the age from 21 to 18 years old for citizens to run for office, and the implementation of automatic voter registration in Malaysia.


The Pakatan Harapan government and Election Commission (EC) had stated their commitment to implement the Act by July 2021 at the latest. Even after the change in government in March 2020, this timeline was maintained by the new Perikatan Nasional government and the EC. In light of this, when the EC announced in March 2021 that the AVR and Undi18 would only be implemented by September 2022, this triggered an uproar among the public. In response, applicants aged 18 to 20 years old applied for the judicial review of the decision to postpone implementing Undi18. Their challenge was made against the Prime Minister, the Government of Malaysia and the EC.


Rang Undang-Undang (RUU) Undi18 diluluskan Parlimen pada Julai 2019 dan mempunyai tiga bahagian iaitu menurunkan had umur mengundi dari 21 ke 18 tahun, menurunkan had umur calon pilihan raya dari 21 ke 18 tahun dan pelaksanaan pendaftaran pengundi automatik di Malaysia.


Kerajaan Pakatan Harapan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menyatakan komitmen untuk melaksanakan Akta tersebut selewat-lewatnya pada bulan Julai 2021. Walaupun berlaku perubahan kerajaan pada bulan Mac 2020, garis masa ini dikekalkan oleh kerajaan Perikatan Nasional dan SPR. Hasil daripada ini, apabila SPR mengumumkan pada bulan Mac 2021 bahawa AVR dan Undi18 hanya akan dilaksanakan pada September 2022, ia telah membangkitkan kemarahan orang ramai. Sebagai tindak balas, beberapa orang pemohon berusia 18 hingga 20 tahun telah memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan Undi18. Semakan kehakiman ini difailkan terhadap Perdana Menteri, Kerajaan Malaysia dan SPR.

Proposed Solutions | Cadangan Penyelesaian

Urge all state govts to amend state constitution to allow 18-year-olds to run for state assembly
Menggesa kesemua kerajaan negeri untuk meminda Perlembagaan Negeri masing-masing bagi membolehkan golongan berusia 18 tahun untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri.

Apply pressure on state assemblies to follow in the footsteps of the six states who have amended state constitution to allow 18–20-year-olds to stand for state assembly elections.

Memberi tekanan kepada Dewan Undangan Negeri untuk mengikut jejak langkah enam buah negeri yang telah meminda Perlembagaan Negeri masing-masing bagi membenarkan golongan berusia 18 hingga 20 tahun untuk bertanding Pilihan Raya Negeri.

Lower qualifying age for senators from 30 to 18 years old.
Menurunkan had umur kelayakan untuk menjadi Senator dari 30 ke 18 tahun

The minimum age for representatives to join the Senate should be reduced from 30 years old to 18 years old. As the median population of the country is 28.6 years old, the Senate should welcome younger representatives to speak on issues affecting the younger generation.

Umur minima untuk menyertai Dewan Negara haruslah diturunkan daripada 30 tahun kepada 18 tahun. Oleh kerana umur median populasi negara adalah 28.6 tahun, Dewan Negara hendaklah membenarkan wakil belia untuk bercakap mengenai isu-isu penting bagi golongan belia.

Implement voting rights of 18 year olds expediently
Melaksanakan hak mengundi untuk golongan berusia 18 tahun secepat mungkin

The Government and EC had promised that the lowering of the voting age would come into effect by July 2021. It is their constitutional responsibility to implement the Act which has already been passed in Parliament without any further delay as a legitimate expectation has been established.

Kerajaan dan SPR telah berjanji bahawa penurunan had umur mengundi akan dilaksanakan pada bulan Julai 2021. Ia merupakan tanggungjawab yang dijamin perlembagaan untuk melaksanakan akta tersebut yang sudah diluluskan Parlimen tanpa dilengahkan lagi kerana harapan yang sah telah berlaku.

Background of the Lawsuit | Latar Belakang Semakan Kehakiman

By consistently stating that Section 3 of the Undi18 Act would come into effect by July 2021, the Government had established a legitimate expectation. This arises when the public relies on the promises made by a public body to their own disadvantage.

The Government, whose constitutional duty is to implement Acts of Parliament, has the proper authority to make those statements. Therefore, it is valid to expect the Government to provide the most accurate information regarding when Undi18 would come into effect. The Government was also explicit about the implementation of the Undi18 Act by July 2021. The issue of Covid-19 and the technical restraints of AVR were only raised later.

The applicants relied on those statements as a timeline of when their voting rights could be exercised. Given the importance of voting as the cornerstone of any democracy, the applicants were treated unfairly by having their constitutional right delayed.


Kerajaan telah mewujudkan harapan yang sah apabila berkata dengan konsisten bahawa fasal 3 Akta Undi18 akan dilaksanakan pada bulan Julai 2021. Hal ini berlaku apabila rakyat bergantung kepada janji yang dibuat oleh badan awam untuk kerugian mereka sendiri.

Kerajaan mempunyai tanggungjawab dijamin perlembagaan untuk melaksanakan akta yang diluluskan oleh Parlimen dan mempunyai kuasa yang sah untuk mengeluarkan kenyataan sebegitu. Oleh itu, ia sah untuk mengharapkan kerajaan untuk memberikan informasi yang tepat tentang pelaksanaan Undi18. Kerajaan juga eksplisit tentang pelaksanaan Akta Undi18 pada bulan Julai 2021. Isu-isu seperti Covid-19 dan kekangan teknikal AVR disuarakan lambat.

Para pemohon telah bergantung kepada kenyataan kerajaan tentang garis masa berkenaan hak mengundi. Dengan kepentingan mengundi selaku tunggak demokrasi, para pemohon dilayan dengan tidak adil apabila hak dijamin perlembagaan mereka ditolak.