Anti-Corruption Pencegahan Rasuah
This advocacy campaign, powered by Undi18 in collaboration with MARI, focuses on Anti-Corruption. Through a series of forums, roundtable discussions, and content published online, Malaysians have engaged with the issue of corruption that has plagued the country, along with changes that need to be made in order to combat the issue.
Kempen advokasi ini dikuasakan oleh Undi18 dengan kerjasama MARI dan berfokus kepada pencegahan rasuah. Melalui beberapa siri forum, perbincangan meja bulat dan kandungan yang diterbitkan atas talian, rakyat Malaysia telah melibatkan diri dengan isu rasuah yang telah melanda negara serta perubahan yang perlu dilakukan untuk melawan isu ini.
What You Need To Know? | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
The tacit acceptance of corruption in Malaysian politics has been described by the World Bank as our public enemy number one. The lack of comprehensive anti-corruption laws has allowed corruption to breed, to the extent that it has blatantly infiltrated our most respected offices for decades. The sad reality is that to most, if not all Malaysians, this comes to no surprise.
Although the 14th General Elections in 2018 marked the day of reckoning where Malaysians took a stand against the corrupt practices of the government, a post-1MDB Malaysia begs for serious reflection on our current legal and political structures. How did our system of governance fail us?
Bank Dunia telah memerihalkan penerimaan rasuah secara tersirat dalam politik Malaysia sebagai musuh nombor satu negara. Kekurangan undang-undang pencegahan rasuah yang menyeluruh telah membolehkan rasuah membiak sehinggakan ia telah menyusup masuk ke dalam institusi negara kita yang dihormati selama beberapa dekad. Realiti yang sedih adalah hampir kesemua rakyat Malaysia tidak terkejut dengan keadaan ini.
Walaupun Pilihan Raya Ke-14 pada tahun 2018 menandakan hari dimana rakyat Malaysia mengambil pendirian dan menentang amalan rasuah kerajaan. Namun, sebuah Malaysia selepas kemelut 1MDB memerlukan refleksi terhadap sistem perundangan dan struktur politik di negara ini. Bagaimana sistem pentadbiran negara gagal?
Proposed Solutions | Cadangan Penyelesaian
Enact a law to compel all Senators and MPs to declare their assets
Menggubal sebuah undang-undang yang mewajibkan semua Senator dan Ahli Parlimen untuk mengisytiharkan harta
Menggubal sebuah undang-undang yang mewajibkan semua Senator dan Ahli Parlimen untuk mengisytiharkan harta
Parliament should enact a law to compel all senators, MPs and their families and proxies to declare their assets
Parlimen hendaklah menggubal sebuah undang-undang yang mewajibkan semua Senator, Ahli Parlimen serta keluarga dan proksi mereka untuk mengisytiharkan harta.
Amend and expand Section 36 of the MACC Act so that asset declarations can be verified
Meminda dan mengembangkan Fasal 36 Akta SPRM supaya pengisytiharan harta boleh disahkan
Meminda dan mengembangkan Fasal 36 Akta SPRM supaya pengisytiharan harta boleh disahkan
The MACC Act should be amended to allow the MACC to verify the accuracy of any documents submitted by holding investigations.
Akta SPRM hendaklah dipinda bagi membolehkan SPRM mengesahkan dokumen yang diserahkan dengan cara melakukan penyiasatan.
Prohibit political appointments to GLICs and GLCs
Melarang lantikan politik di syarikat-syarikat GLIC dan GLC.
Melarang lantikan politik di syarikat-syarikat GLIC dan GLC.
Legislation should be introduced to implement clear guidelines that ban any MPs, Senators, their families and proxies from sitting on the board of GLCs and GLICs.
Sebuah perundangan harus diperkenalkan bagi menyediakan garis panduan jelas yang menghalang mana-mana Ahli Parlimen, Senator serta keluarga dan proksi mereka untuk menjadi ahli lembaga pengarah syarikat GLC dan GLIC.
What Does The Data Say?
Corruption in Malaysia
Rasuah di Malaysia
Rasuah di Malaysia
Corruption has an immense social and economic cost. Speaking on its effects in relation to the 1MDB scandal, Assistant Director at the FBI William F. Sweeney Jr. warned that “unchecked corrupt behavior erodes trust in public institutions and government entities alike.” More importantly, a misuse of funds deprives the allocation of resources from reaching those in need. Examples include the 1MDB scandal and the Taman Rimba Kiara scandal, which involved former Federal Territories Minister Tengku Adnan.
Rasuah meninggalkan kesan yang besar terhadap bidang ekonomi dan sosial. Penolong Pengarah FBI, William F. Sweeney Jr. ketika bercakap mengenai kesan scandal 1MDB berkata “ rasuah yang tidak terkawal menghakis kepercayaan terhadap institusi awam dan entiti kerajaan”. Paling penting, penyalahgunaan dana mengurangkan peruntukan sumber untuk golongan yang memerlukan. Antara contoh skandal ialah skandal 1MDB dan skandal Taman Rimba Kiara yang melibatkan mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan.
Current mechanisms in place to address corruption
Mekanisme semasa untuk menangani rasuah
Mekanisme semasa untuk menangani rasuah
There are no specific laws that addresses the two areas of corruption which the campaign focuses on.
It is only customary for MPs to delcare their assets given that the rule is enforced only through a standing order. This has led some parliamentarians, like YB Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Baru), to refuse to declare their income as the standing order has no legal force.
In addition, there is no ban on political appointments to both GLCs and GLICs.
Tiada undang-undang yang khusus bagi menangani 2 bidang rasuah yang menjadi fokus kempen ini.
Ia hanyalah kelaziman untuk Ahli Parlimen mengisytiharkan harta mereka. Hal ini kerana peraturan ini dikuatkuaskan melalui arahan tetap. Hal ini menyebabkan sebahagian daripada ahli parlimen seperti YB Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) yang enggan mengisytiharkan pendapatan beliau kerana arahan tetap ini tidak mempunyai kuasa perundangan.
Tambahan pula, tiada larangan terhadap pelantikan politik bagi GLC dan GLIC.