PN. SUMATHI A/P BALAKRISHNAN
Profesion : Wakil Tetap Malaysia ke World Trade Organization (WTO), Geneva Switzerland
Fakulti : Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK)
Program : Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Hubungan Antarabangsa)
Tahun Konvo : 1999
Ringkasan Latar Belakang Peribadi dan Kerjaya Terkini
Sumathi Balakrishnan ialah Pengarah Kanan di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Malaysia dengan pengalaman lebih dua dekad dalam bidang perdagangan antarabangsa. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Hubungan Antarabangsa) dari Universiti Malaysia Sabah pada tahun 1999 dan Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Malaya pada tahun 2017. Sejak menyertai perkhidmatan awam pada 2001, beliau telah memainkan peranan penting dalam pelbagai rundingan perdagangan di peringkat antarabangsa termasuk WTO, RCEP, serta beberapa perjanjian perdagangan bebas utama.
Beliau juga pernah mengetuai Bahagian Rundingan Strategik MITI dengan tanggungjawab sebagai Ketua Perunding bagi CPTPP, Malaysia–EFTA FTA dan Malaysia–Korea FTA, selain berperanan sebagai Timbalan Ketua Perunding untuk Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) dan Malaysia–EUFTA. Kedudukan ini menempatkan beliau sebagai salah seorang tokoh penting dalam memperkukuh kedudukan Malaysia dalam rundingan perdagangan global.
Kini beliau menjadi Wakil Tetap Malaysia ke World Trade Organization (WTO) di Geneva, Switzerland.
Pencapaian/Kejayaan Utama Selepas Tamat Pengajian
Kini beliau dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia ke World Trade Organization di Geneva, Switzerland (2025 - kini).
Mengetuai Bahagian Rundingan Strategik MITI sebagai Ketua Perunding bagi CPTPP, Malaysia–EFTA FTA, Malaysia–Korea FTA, serta Timbalan Ketua Perunding untuk IPEF dan MEUFTA (2023 – 2025).
Pernah dilantik sebagai Pengerusi ASEAN bagi Kumpulan Kerja Perkhidmatan ketika berkhidmat di Bahagian Perjanjian Perdagangan Bebas dalam rundingan Malaysia–EFTA, Malaysia–Korea FTA dan RCEP (FTA) (2014–2015).
Pernah berkhidmat sebagai Kaunselor Ekonomi di Misi Tetap Malaysia ke WTO, Geneva, Switzerland (2010–2013).
Menyandang jawatan Penolong Pengarah Kanan di Bahagian Rundingan Dasar dan Perdagangan Pelbagai Hala, mewakili Malaysia dalam rundingan Pusingan Doha di WTO (2006–2010).