PROF. MADYA DR. ROZITA @ UJI MOHAMMED
Profesion : Rektor UiTM Cawangan Sabah
Fakulti : Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL)
Program : Ijazah Doktor Falsafah (Kewangan Islam)
Tahun Konvo : 2011
Ringkasan Latar Belakang Peribadi dan Kerjaya Terkini
Prof. Madya Dr. Rozita @ Uji Mohammed merupakan graduan PhD pertama Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) dalam bidang Kewangan Islam pada tahun 2011. Beliau mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Rektor ke-13 dan Rektor wanita pertama UiTM Cawangan Sabah bermula Julai 2023. Sebelum pelantikan tersebut, beliau pernah menyandang jawatan Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (BPJIMA) UiTM Cawangan Sabah dari tahun 2010 hingga 2018.
Dalam kerjaya terkini, beliau memegang pelbagai jawatan penting seperti Pengerusi Persatuan Wanita UiTM (PEWANI) Sabah, Ahli Lembaga Institut Pengajian dan Dakwah Sabah (IPDAS), Brigadier Jeneral (K) Kor Kesatria UiTM, serta Business Counsellor Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). Beliau turut dilantik sebagai pakar rujuk dan pengucaptama dalam pelbagai persidangan antarabangsa termasuk Konferensi Antarabangsa Islam Borneo (KAIB), International Conference on Sustainable Research and Development (ICSRD), serta Borneo International Integrity Summit (BIIS). Kepimpinan dan penglibatan aktif beliau membuktikan komitmen dalam memperkasa akademik, keusahawanan, serta pembangunan masyarakat di Sabah dan rantau ini.
Pencapaian/Kejayaan Utama Selepas Tamat Pengajian
Menerima Anugerah iKON Wanita Antarabangsa di Singapura (2025).
Menerima Anugerah Ikon Wanita Gemilang Sabah BakatNita (2025).
Dianugerahkan Anugerah Khas MeTIC14 untuk Projek Pendayaan Sosio-Ekonomi Terbaik dengan penarafan 4 Bintang UiTM Malaysia (2025).
Memperoleh Naib Juara Anugerah Projek Komuniti Lestari MeTIC14 UiTM Malaysia (2025).
Menerima Anugerah Wanita Cemerlang Peringkat Negeri Sabah (2024).
Dianugerahkan Pingat Penulis Sabah (Panglima) oleh Ikatan Penulis Sabah (IPS) pada tahun 2024.
Menerima Anugerah Alumni Tersohor UiTM sempena 25 Tahun UiTM sebagai sebuah universiti (2024).
Menerima Anugerah Wanita Cemerlang Sabah IKSNITA (2023).
Memperoleh Anugerah Terbaik Projek Kolaborasi (MeTIC) bagi penjanaan dana terbaik melalui Projek Freshwater Lobster Production-Green Aquaponics (FLP-GAPS) pada tahun 2022.
Dinobatkan sebagai Ikon Masyarakat IKSNITA (IWD) pada tahun 2017.
Dilantik sebagai Ahli Tertinggi Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) 2017/2018 selaku Pengerusi Pendidikan dan Pengetua Creating Millionaires Among Young Women Enterpreneurs (CreaM@YWE) MPWS-JHEWA (2017).
Memperoleh anugerah Darjah Kinabalu pada tahun 2016.