EN. SHAHRUL AZWAN BIN MOHAMAD@ENDUT
Profesion : Ketua Pegawai Eksekutif, Tulus Harta Sdn. Bhd
Fakulti : Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial (FPKS)
Program : Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial dengan Kepujian
Tahun Konvo : 2012
Ringkasan Latar Belakang Peribadi dan Kerjaya Terkini
Shahrul Azwan bin Mohamad @ Endut merupakan alumni Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS), serta anak jati kelahiran Kuala Terengganu. Beliau aktif melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan di peringkat nasional mahupun antarabangsa, khususnya melalui penglibatan dalam Pergerakan Pengakap yang menjadi platform utama beliau menabur khidmat bakti kepada masyarakat.
Sepanjang penglibatannya, beliau bukan sahaja mewakili negeri dan negara dalam pelbagai program serta jambori pengakap di luar negara, malah turut menganjurkan Forum Belia Antarabangsa serta beberapa program di peringkat antarabangsa dan kebangsaan. Melalui inisiatif ini, beliau berperanan aktif dalam mendidik, membimbing dan memperkasakan golongan belia, sekali gus memperkukuh jaringan kerjasama global. Pengalaman ini telah memperkayakan ilmu serta kemahiran kepimpinan beliau, di samping memberi nilai tambah dalam usaha melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berdaya saing dan berfikiran global
Pergerakan Pengakap, yang diiktiraf sebagai sistem pendidikan bukan formal terbesar di dunia, menjadi medan penting bagi beliau membangunkan potensi diri dan mengasah bakat kepimpinan belia. Melalui wadah ini juga, beliau terus komited untuk memberi inspirasi serta menyumbang kepakaran dalam memperkasa masyarakat, selaras dengan prinsip "membentuk insan melalui khidmat”.
Pencapaian/Kejayaan Utama Selepas Tamat Pengajian
Menerima Bintang Seri Mahkota Pengakap Darul Iman Kelas Pertama (Emas) – BSM I dan Pingat Perkhidmatan Gemilang Pengakap Malaysia (2024).
Dianugerahkan Royal Thai Air Force Honorary Parachutist Wing dan menerima Surat Penghargaan serta Ucapan Terima Kasih dari Gabenor Wilayah Satun, Thailand (2024).
Menerima Golden Jubilee of King Bhumibol Adulyadej Award di Thailand (2024).
Menerima Bintang Gemilang Presiden Pengakap Melaka (2023).
Dipilih oleh British Publishing House Ltd (BPH) dalam buku Britishpedia: Successful People in Malaysia, Edisi Kedua (2022).
Menerima Pingat Bakti Belia (PBB) dari Negeri Melaka dan Negeri Selangor (2022).
Mendapat anugerah Pengakap Raja dan menjadi Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu (2022).
Dianugerahkan Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu iaitu Tokoh Belia Negeri (2018).