TUAN HJ. SAMADUDDIN HJ. YUSOP
Profesion : CEO, Malamega Sdn Bhd, Sabalas Sdn Bhd, Ahli Lembaga Pengarah UMS
Fakulti : Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP)
Program : Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian (Ekonomi Perancangan dan Pembangunan)
Tahun Konvo : 1999
Ringkasan Latar Belakang Peribadi dan Kerjaya Terkini
En. Samasuddin bin Hj Yusop adalah seorang alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang telah membina kerjaya cemerlang dalam pentadbiran pendidikan tinggi. Beliau pernah memegang jawatan Timbalan Pendaftar Kanan UMS, menunjukkan rekod kecekapan tinggi dalam pengurusan pentadbiran universiti dan tadbir urus institusi.
Kerjaya terkini beliau ialah merupakan CEO Malamega Sdn. Bhd., sebuah syarikat pelbagai sektor yang menawarkan perkhidmatan dalam pelbagai bidang termasuk pembinaan, minyak & gas, tenaga & utiliti, dan teknologi maklumat & komunikasi di Sabah. Pada masa yang sama, En. Samasuddin juga dilantik sebagai Wakil Alumni dalam Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah, peranan strategik yang memberi peluang kepada beliau untuk menyumbang secara langsung kepada perkembangan dan hala tuju universiti.
Pencapaian/Kejayaan Utama Selepas Tamat Pengajian
Dilantik secara rasmi sebagai Ahli Lembaga Pengarah UMS mewakili alumni sejak 2023.
Berperanan sebagai CEO Malamega Sdn. Bhd., sejak April 2008.
Memegang jawatan penting sebagai Timbalan Pendaftar Kanan, UMS.
Menerajui Pertubuhan Alumni UMS dalam memperkukuh jaringan alumni dan alma mater.
Terlibat aktif dalam program kebajikan mahasiswa dan masyarakat terutamanya dalam kalangan warga UMS.
Keterlibatan En. Samasuddin dalam jaringan alumni dan pendidikan tinggi menjadikan beliau sebagai simbol kejayaan alumi kerana kerap diundang dalam majlis rasmi UMS seperti perasmian program kerjaya, forum alumni, dan sesi pertemuan rasmi bersama pelajar.