EN. MUHAMMAD NADIR AL-NURI BIN KAMARUZAMAN
Profesion : Pengasas Persatuan Cinta Gaza Malaysia
Fakulti : Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA)
Program : Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Marin)
Tahun Konvo : 2010
Ringkasan Latar Belakang Peribadi dan Kerjaya Terkini
Muhammad Nadir Al-Nuri bin Kamaruzaman merupakan alumni Fakulti Sains dan Sumber Alam, Universiti Malaysia Sabah (UMS), yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Marin. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian dalam bidang Syariah di Universiti Islam Gaza selepas menamatkan kursus bahasa Arab di Syria. Sejak tahun 2013, beliau telah menetap di Gaza dan bergiat aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan di wilayah bergolak itu.
Kerjaya terkini beliau merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menjalankan pelbagai projek bantuan kemanusiaan dan pembangunan komuniti di Gaza. Sebagai Pengerusi Majlis Tertinggi MyAqsa Defenders, Nadir mengetuai lembaga tertinggi MyAD, sebuah gabungan pertubuhan yang komited kepada advokasi isu Baitulmaqdis dan Palestin, dan menyokong nilai-nilai kolaborasi, akauntabiliti dan ketelusan dalam gerakannya.
Pencapaian/Kejayaan Utama Selepas Tamat Pengajian
Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Projek Bandar Wakaf Malaysia-Gaza di bawah naungan kerajaan Malaysia (2025).
Menyalurkan dana sebanyak RM 2.2 juta untuk projek pembangunan semula Gaza (2025).
Dianugerahkan Nona Superhero Award 2023 sebagai pengiktirafan terhadap perjuangan kemanusiaannya demi rakyat Palestin (2024).
Berkhidmat sebagai Duta Muhibbah Aid4Palestine, mewakili Malaysia dalam koordinasi bantuan ke Palestin pada pasca krisis 2021.
Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Tertinggi MyAqsa Defenders (MyAD) semasa penubuhan gerakan tersebut pada 11 Mei 2021.