EN. MUHAMMAD AKMAL ASRAF BIN MOHAMAD SHAROM
Profesion : Pegawai Penyelidik Agensi Angkasa Malaysia
Fakulti : Fakulti Kejuruteraan (FKJ)
Program : Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian (Fizik dengan Elektronik)
Tahun Konvo: 2009
Ringkasan Latar Belakang Peribadi dan Kerjaya Terkini
Muhammad Akmal Asraf bin Mohamad Sharom dilahirkan pada 9 Oktober 1987 di Kota Kinabalu, Sabah. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Likas dan Sekolah Rendah Kebangsaan Lok Yuk Likas sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Lok Yuk Likas dan Sekolah Menengah Teknik Likas. Akmal menyambung pengajian ke Kolej Matrikulasi Labuan dan seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Fizik dengan Elektronik) daripada Universiti Malaysia Sabah pada tahun 2009. Minat mendalam terhadap bidang sains dan teknologi mendorong beliau melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Sains (Penyelidikan) dalam bidang Fizik Instrumentasi di Universiti Malaya dan berjaya menamatkannya pada tahun 2014. Sepanjang tempoh pengajian, beliau aktif dalam pembentangan penyelidikan di peringkat antarabangsa termasuk di Taiwan, Jepun dan India.
Sejak 2013, beliau berkhidmat sebagai Pegawai Penyelidik di Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di Bahagian Aplikasi Perisikan Pertahanan, di mana beliau terlibat dalam pembangunan sistem dan teknologi berasaskan penderiaan jauh serta pengoperasian dron. Antara kejayaan penting beliau ialah pembangunan sistem MyIDEA untuk pengurusan bencana banjir, penerbitan pelbagai kertas penyelidikan dalam jurnal berindeks, serta menerima anugerah seperti AARS Innovation Award (2018) dan IWGRS Best Paper Award (2020). Beliau juga memiliki Remote Pilot Certificate of Competency-Basic (RCOC-B) dan berperanan sebagai tenaga pengajar dalam kursus pengendalian serta pemprosesan data dron kepada pelbagai agensi kerajaan, menjadikannya antara pakar tempatan dalam bidang penderiaan jauh dan teknologi dron.
Pencapaian/Kejayaan Utama Selepas Tamat Pengajian
Dianugerahkan AARS Innovation Award (2018) oleh Asian Association on Remote Sensing (AARS) atas sumbangan inovatif dalam bidang penderiaan jauh.
Menerima IWGRS Best Paper Award (2020) daripada IEEE Geoscience and Remote Sensing Society (GRSS) Malaysia Chapter atas pencapaian cemerlang dalam penyelidikan.
Dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Pekerja Cemerlang 2019 (dianugerahkan pada 2020) oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) sebagai pengiktirafan terhadap prestasi kerja.
Dilantik sebagai Pegawai Penyelidik (2013–kini) di Bahagian Aplikasi Perisikan Pertahanan, Agensi Angkasa Malaysia.
Diperakui sebagai juruterbang dron bertauliah melalui Remote Pilot Certificate of Competency-Basic (RCOC-B).
Dilantik sebagai tenaga pengajar jemputan dalam kursus pengendalian dan pemprosesan data dron di pelbagai agensi kerajaan termasuk Agensi Antidadah Kebangsaan, Majlis Perbandaran Kluang dan Tentera Udara Diraja Malaysia.