EN. MUHAMMAD AINUDDIN BIN SAHARUDIN
Profesion : Assistant Vice President, Bahagian Modal Insan Prasarana Malaysia Berhad
Fakulti : Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP)
Program : Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian (Ekonomi Sumber Manusia)
Tahun Konvo: 2013
Ringkasan Latar Belakang Peribadi dan Kerjaya Terkini
Muhammad Ainuddin bin Saharudin merupakan graduan Universiti Malaysia Sabah dalam Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian (Ekonomi Sumber Manusia) pada tahun 2013. Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur dan memulakan kerjayanya melalui latihan industri di Prokhas Sdn. Bhd. Tidak lama kemudian, beliau ditawarkan jawatan sebagai Pembantu Pejabat (HR – Strategic Unit) dalam Jabatan Modal Insan. Dalam keadaan pasaran kerja yang mencabar pada ketika itu, beliau sanggup bermula dari peringkat asas untuk membina kerjaya. Hasil dedikasi dan keupayaannya, beliau dipertanggungjawabkan mengurus projek dan kemudiannya dilantik ke peranan Special Project & Outsourcing (HR – Operations Unit).
Kerjaya terkini beliau bersama Prasarana Malaysia Berhad bermula apabila beliau menyertai Rapid Bus Sdn. Bhd. sebagai Associate, Enforcement pada Oktober 2014 dan kemudiannya Associate, Operations. Ketika peluang dalam bidang HR terhad, beliau tidak gentar mencuba bidang operasi dan terus menunjukkan prestasi cemerlang. Pada September 2019, beliau dinaikkan pangkat ke jawatan Senior Associate, Human Capital (Rail) dan memainkan peranan penting dalam pengambilan serta penjajaran keperluan tenaga kerja dengan matlamat perniagaan. Hasil komitmen dan kepimpinannya, pada 21 April 2025, beliau dilantik sebagai Assistant Vice President di Bahagian Modal Insan, bertanggungjawab mengetuai strategi dan penambahbaikan berterusan dalam proses pengambilan bakat untuk memenuhi keperluan tenaga kerja organisasi.
Pencapaian/Kejayaan Utama Selepas Tamat Pengajian
Dilantik sebagai Assistant Vice President di Bahagian Modal Insan Prasarana Malaysia Berhad, bertanggungjawab mengetuai strategi pengambilan bakat dan penambahbaikan proses pengambilan tenaga kerja (2025).
Dinaikkan pangkat ke jawatan Senior Associate, Human Capital (Rail) dan menjadi perekrut utama serta perunding kepada pengurusan dalam hal sumber manusia (2019).
Dilantik sebagai Associate, Enforcement di Rapid Bus Sdn. Bhd. dan kemudiannya Associate, Operations bagi Depoh Batu Caves dan Shah Alam (2014).
Menyertai Prokhas Sdn. Bhd. sebagai Pembantu Pejabat (HR – Strategic Unit) selepas latihan industri, serta dilantik ke peranan Special Project & Outsourcing (HR – Operations Unit) (2013–2014).