EN. JASMI BIN RASIT
Profesion : Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
Fakulti : Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF)
Program : Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Seni Kreatif)
Tahun Konvo : 2000
Ringkasan Latar Belakang Peribadi dan Kerjaya Terkini
Encik Jasmi bin Rasit dilahirkan pada 21 Februari 1977 di Kuching, Sarawak. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Seni Kreatif dari Universiti Malaysia Sabah pada tahun 2000. Selepas tamat pengajian, beliau memulakan kerjaya sebagai Pereka di Jabatan Filem Negara Malaysia pada tahun 2001 sebelum menyertai Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.
Encik Jasmi bin Rasit banyak menyumbang dalam bidang kebudayaan dan kesenian melalui penganjuran serta pengarahan program seni di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Beliau terlibat secara aktif dalam menggubal dasar dan garis panduan penting seperti Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) dan Garis Panduan PUSPAL. Selain itu, beliau turut melaksanakan program bimbingan serta pengembangan seni budaya di sekolah dan komuniti yang berjaya mencungkil bakat pelajar dan individu hingga ke peringkat antarabangsa.
Sepanjang kerjaya, beliau telah memegang pelbagai jawatan penting termasuk sebagai Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di Sabah, Perak, dan Kelantan. Beliau juga pernah menjadi ahli lembaga pengarah serta setiausaha dalam pertubuhan kebudayaan negeri. Sejak Julai 2025, beliau dilantik sebagai Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan, JKKN, sekali gus meneruskan sumbangan dalam pembangunan dasar dan penyelidikan seni budaya negara.
Pencapaian/Kejayaan Utama Selepas Tamat Pengajian
Dilantik sebagai Ahli Panel Subject Matter Expert (SME) pada Acara-Acara Tonggak Negeri Sarawak (2025).
Dianugerahkan Anugerah Ikon Alumni (Kesenian/Kebudayaan) oleh Universiti Malaysia Sabah (2024).
Ketua Delegasi ke Andong International Maskdance Festival 2024.
Tenaga produksi dan persembahan sempena Sambutan Hari Malaysia 2024 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.
Dianugerahkan Bintang Kinabalu (BK), Sabah (2023).
Busan Metropolitan City Mayor Award for excellent achievement in the 2023 ASEAN-ROK Professional Training Program on XR Technologies (2023).
Mewakili Malaysia ke ASEAN-ROK Professional Training on XR/Metaverse di Busan, Korea Selatan (2023).
Beliau juga aktif dalam memberi sumbangan kemasyarakatan/amal seperti Menganjurkan Misi Amal Bantuan Bakul Makanan Kepada Penggiat Seni Budaya Terkesan Pandemik COVID-19 Peringkat Negeri Sabah (2022).
Dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (2015).
Dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (2006).