EN. GOOI ZI SEN
Profesion : Exco Menteri Belia dan Sukan, Pulau Pinang
Fakulti : Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP)
Program : Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dengan Kepujian (Pengurusan Pelancongan)
Tahun Konvo : 2010
Ringkasan Latar Belakang Peribadi dan Kerjaya Terkini
YB Gooi Zi Sen dilahirkan pada 11 Jun 1987 di Pulau Pinang dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Jit Sin sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengurusan Pelancongan di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Selepas tamat pengajian pada tahun 2010, beliau menjalani latihan industri di Penang Global Tourism (PGT) yang menjadi pintu masuk kepada dunia perkhidmatan awam dan politik negeri. Beliau kemudian berkhidmat di pejabat mantan Exco Pelancongan Negeri Pulau Pinang, YB Dato’ Danny Law Heng Kiang, di mana beliau mendekati masyarakat Batu Lancang secara langsung. Dorongan keluarga yang aktif dalam suasana politik sejak kecil turut membentuk tekad beliau untuk terjun ke arena politik dengan menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada tahun 2010.
Kerjaya politik YB Gooi mula menonjol apabila beliau mencipta sejarah sebagai calon termuda DAP di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (2018), seterusnya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kota di bawah Pakatan Harapan. Kini, beliau memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (EXCO) dengan portfolio Belia, Sukan dan Kesihatan, serta sejak September 2024 dilantik sebagai Pengarah Pendidikan Politik DAP Pulau Pinang. Beliau dikenali sebagai seorang pemimpin proaktif yang memperjuangkan penglibatan belia dalam pembentukan dasar, memperkukuh pembangunan akar umbi sukan, dan memperluas inisiatif kesihatan awam, termasuk kesejahteraan mental dan pemulihan pasca pandemik
Pencapaian/Kejayaan Utama Selepas Tamat Pengajian
Dilantik sebagai Pengarah Pendidikan Politik DAP Pulau Pinang (September 2024).
Menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (EXCO) dengan portfolio Belia, Sukan dan Kesihatan (2024).
Mencipta sejarah sebagai calon termuda DAP di Pulau Pinang pada PRU-14 dan berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kota di bawah Pakatan Harapan (2018).